Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Aktiviti Tanpa Gadget

Hari ini hari keluargaku.  Ayah dan mama telah merancang pelbagai aktiviti menarik.  Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan membawa gadget masing-masing.  Kata ayah, dia mahu kami merasai keseronokan bermesra bersama keluarga.   Aku dan mama tak ada masalah.  Namun abangku jelas tak puas hati dengan syarat tersebut.  Kononnya, dia gamer kental.  Tak mugkin dapat dipisahkan dengan laptop mahupun telefon pintarnya.   Aku tahu dia tak puas hati.  Ayah dan mama pun tahu.  Tapi, ada kami kisah?  Asyik nak ikut cara dia.  Kalau betul tak apa.  Ini tak, bergadget sampai lupa akan matlamat hidup. Alkisahnya, hari ini pagi-pagi lagi kami sudah keluar.  Dengan menaiki MPV, kami menuju ke pantai Port Dikson.  Di sana, kami lumba berenang sambil menyelam.  Selepas itu, kami bermain pasir macam kanak-kanak.  Aku tergelak besar melihat abangku jatuh terkangkang semasa mengejar anak ketam.   Apabila lap...