Aktiviti Tanpa Gadget

Hari ini hari keluargaku.  Ayah dan mama telah merancang pelbagai aktiviti menarik.  Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan membawa gadget masing-masing.  Kata ayah, dia mahu kami merasai keseronokan bermesra bersama keluarga.  

Aku dan mama tak ada masalah.  Namun abangku jelas tak puas hati dengan syarat tersebut.  Kononnya, dia gamer kental.  Tak mugkin dapat dipisahkan dengan laptop mahupun telefon pintarnya.  

Aku tahu dia tak puas hati.  Ayah dan mama pun tahu.  Tapi, ada kami kisah?  Asyik nak ikut cara dia.  Kalau betul tak apa.  Ini tak, bergadget sampai lupa akan matlamat hidup.

Alkisahnya, hari ini pagi-pagi lagi kami sudah keluar.  Dengan menaiki MPV, kami menuju ke pantai Port Dikson.  Di sana, kami lumba berenang sambil menyelam.  Selepas itu, kami bermain pasir macam kanak-kanak.  Aku tergelak besar melihat abangku jatuh terkangkang semasa mengejar anak ketam. 

 Apabila lapar je, kami makan di bawah pokok ru.  


Balik dari pantai, kami singgah di sebuah restoran.  Ayah menyuruh kami mencuba makanan yang belum pernah dicuba.  Aku pun memesan ayam masak hijau.  Mama makan laksa Thailand.  Abangku yang memang tak adventurous dalam bab-bab makan pun tidak terkecuali.  Macam nak tercekik tekaknya kena makan itik panggang. Dahlah jatuh terkangkang mengejar ketam, tercekik pula tulang itik panggang.  Memanglah malang..

Sebelum pulang, kami singgah di bazar jualan.  Ayah berbesar hati belanja kami sekali lagi.  Semua orang membeli sehelai baju dan cenderahati untuk diri sendiri.  

Setiba di rumah, kami semua terkulai kepenatan.  Namun, jauh di sudut hati aku gembira.  Terasa hidup ini sangat indah dan bermakna.  Semoga abangku juga rasa begitu.  


Ulasan

  1. The 5 Best Casinos in Vegas, NV - Mapyro
    Best Casinos in Vegas · Casino. The casino in Las Vegas · Casino Las Vegas · Hotel. Casino 부천 출장안마 Hotel. Casino Hotel. Las Vegas · Casino Hotel 슬롯 · Casino 원주 출장안마 and 화성 출장안마 Hotel. 구리 출장안마

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai