Kisah monyet dan buaya
Kisah monyet dan buaya Di tepi sebuah tasik, ada sepohon pokok. Di atas pokok itu tinggal seekor monyet. Monyet itu selalu makan buah-buahan yang masak ranum dan manis. Buah-buah yang muda dan masam, dicampakkannya ke dalam tasik. Di dalam tasik itu pula, ada seekor buaya. Buaya itu tidak suka akan monyet. Buaya itu marah kerana monyet selalu membaling buah-buah yang masam dan kelat. Pada suatu hari, buaya itu berbaik-baik dengan monyet. Dia memberitahu monyet bahawa di seberang tasik sana ada banyak pokok rambutan yang sedang masak ranum. Monyet sangat gembira. Bagaimanapun, monyet tidak pandai berenang. Monyet meminta pertolongan buaya. Buaya pun gembira. Buaya segera mengajak monyet naik ke atas belakangnya. Buaya pun membawa monyet ke seberang tasik. Sebaik tiba di tengah tasik, buaya ketawa. Monyet berasa hairan. Monyet bertanya sebab buaya ketawa. Buaya ketawa sambil ...