Kisah monyet dan buaya
Kisah monyet dan buaya
Di tepi sebuah tasik, ada sepohon pokok. Di atas pokok itu tinggal seekor monyet. Monyet itu selalu makan buah-buahan yang
masak ranum dan manis. Buah-buah yang
muda dan masam, dicampakkannya ke dalam tasik.
Di dalam tasik itu pula, ada seekor buaya. Buaya itu tidak suka akan monyet. Buaya itu marah kerana monyet selalu
membaling buah-buah yang masam dan kelat.
Pada suatu hari, buaya itu berbaik-baik dengan monyet. Dia memberitahu monyet bahawa di seberang
tasik sana ada banyak pokok rambutan yang sedang masak ranum. Monyet sangat gembira. Bagaimanapun, monyet tidak pandai berenang. Monyet meminta pertolongan buaya.
Buaya pun gembira. Buaya segera mengajak monyet naik ke atas
belakangnya. Buaya pun membawa monyet ke
seberang tasik.
Sebaik tiba di tengah tasik, buaya ketawa. Monyet berasa hairan. Monyet bertanya sebab buaya ketawa. Buaya ketawa sambil berkata,” Ha, ha, ha
sebenarnya aku hendak makan hati engkau?”
"Mengapa engkau hendak makan hati aku?” tanya monyet pura-pura
tidak takut.
"Sebab aku benci akan engkau,” jawab buaya.
"Mengapakah engkau benci akan aku?” monyet semakin hairan.
"Sebab engkau selalu makan buah-buah
yang masak ranum lagi manis. Aku pula
hanya dapat buah-buah yang masam dan kelat.
Hatimu tidak baik. Aku hendak
makan hatimu,” terang buaya panjang lebar.
Monyet yang bijak itu segera
berfikir. Dia berfikir untuk menyelamatkan
diri daripada buaya jahat itu.
Tiba-tiba, monyet mendapat satu akal. Kata monyet,
”Oh, sahabatku, aku minta maaf kerana tidak tahu bahawa engkau tidak suka akan buah yang muda dan kelat. Aku bersalah. Oleh itu, engkau makanlah hatiku. Aku akan hadiahkan hatiku ini kepadamu."
"Malangnya, hatiku tertinggal di atas pokok sana. Marilah kita pergi mengambilnya," kata monyet pura-pura baik.

Buaya berasa bangga kerana monyet
meminta maaf daripadanya. Dia segera
berpatah balik.
Setiba di tepi tasik, monyet terus melompat ke atas pokok. Monyet ketawa sambil berkata, "Maaf kerana terpaksa menipu kamu. Sebenarnya, hatiku berada di dalam badanku. Itu pun engkau tidak tahu? Tentu sahaja engkau malas belajar dan malas berfikir. Sebab itu engkau menjadi terlalu bodoh."

Mendengar kata-kata monyet itu, buaya berasa sangat malu. Dia malu kerana bodoh dan mudah ditipu. Keesokannya, buaya pun berpindah ke tempat lain. Buaya enggan bertemu dengan monyet lagi.
Ulasan
Catat Ulasan