CARA-CARA MENANGANI STRES
CARA-CARA MENANGANI STRES STRES atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Stres dapat memudaratkan kesihatan serta mengundang penyakit. Kita mampu menangani stres yang dialami dengan beberapa cara. Cara menangani stres yang pertama adalah dengan berkongsi perasaan dengan seseorang. Kita boleh berkongsi perasaan risau atau meluahkan kesedihan kita kepada ahli keluarga atau kawan-kawan rapat. Setelah berkongsi perasaan, kita akan berasa lega dan tenang kerana kita tahu ada orang yang ambil berat tentang diri kita. Selain itu kita boleh beriadah atau bersukan untuk menghilangkan stres. Kita perlu meluangkan sedikit masa untuk beridah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Akitiviti tersebut dapat menenangkan fikiran dan membuat kita beras...