CARA-CARA MENANGANI STRES
CARA-CARA MENANGANI STRES
STRES atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan
mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja,
dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Stres dapat memudaratkan kesihatan serta mengundang penyakit. Kita mampu
menangani stres yang dialami dengan beberapa cara.
Cara menangani stres yang pertama
adalah dengan berkongsi perasaan dengan seseorang. Kita boleh berkongsi perasaan risau atau
meluahkan kesedihan kita kepada ahli keluarga atau kawan-kawan rapat. Setelah berkongsi perasaan, kita akan berasa
lega dan tenang kerana kita tahu ada orang yang ambil berat tentang diri kita.
Selain itu kita boleh beriadah
atau bersukan untuk menghilangkan stres.
Kita perlu meluangkan sedikit masa untuk beridah bersama ahli keluarga
atau rakan-rakan. Akitiviti tersebut dapat
menenangkan fikiran dan membuat kita berasa gembira.
Seterusnya, kita dapat menangani
stres dengan sentiasa berfikiran positif.
Kita perlu sentiasa berprasangka baik dan mudah memaafkan orang lain. Jangan
mudah membenci, berdendam atau iri hati.
Fikiran negatif berpotensi untuk meragut ketenangan dan kebahagiaan
kita.
Akhir sekali, bagi individu
muslim, bersolat dan berzikir juga adalah cara terbaik untuk menghilangkan
stres. Hal ini demikian kerana solat dan
doa dapat memberi ketenangan kepada hati dan fikiran.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha
untuk menangani stres agar hidup kita sentiasa ceria dan bahagia. Jangan mudah berputus asa. Ingat bahawa di mana ada kemahuan, di sana
ada jalan.
Ulasan
Catat Ulasan