Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

10 Teknik Belajar Pelajar Terbaik

Hai, nak tahu cara belajar yang betul?  Nak pandai, nak cemerlang, nak jadi pelajar terbaik, nak banggakan ibu dan bapa.  Insha-Allah boleh sahaja.  Di mana ada kemahuan, di sana ada jalan dan caranya.   Cuba teknik belajar di bawah selama sebulan dan lihat hasilnya. 1.     Eat the frog first.  Maksudnya bukan makan katak tapi siapkan atau fahami topik yang paling susah dahulu.  Pada waktu pagi atau semasa kita paling segar dan bertenaga, hadap dulu subjek yang paling susah atau yang paling kita menyampah.  Dah siap yang paling susah tu, maka hari-harimu akan terasa lebih indah. 2.     Guna Teknik POMODORO.  Caranya, kita belajar , fokus cuba fahami betul-betul, dan elakkan gangguan selama 25 minit sahaja.  Lepas tu tolonggg lah berhenti  rehat 5 minit gitu.  lepas tu baru ulang lagi.  Jangan jadi super human, nak study sampai 5 jam tanpa henti.  Buat penat badan, hasilnya tak seberapa.  3. ...

Bahasa Melayu (SJKC) tahun 3- unit 1

  Tahun 3 - Unit 1   Simpulan bahasa     Anak emas - anak yang sangat disayangi Ada bakat - mempunyai bakat Ambil berat - beri perhatian (caring) Ambil hati - menggembirakan hati   Baca   1.  Elon masih kecil.  Umurnya 3 tahun.  Dia sangat pandai menyanyi dan menari.  Dia ada bakat .   2.  Elon anak tunggal.  Ibu dan bapa sangat menyayanginya.  Dia anak emas dalam keluarga.   3.  Ibu dan bapa menjaga Elon dengan baik.  Mereka mengajar Elon membaca dan menulis.  Mereka juga memberi Elon makan makanan yang berkhasiat.  Mereka sangat ambil berat tentang Elon.   4.  Elon  selalu menyanyi dan menari di hadapan ibu dan bapanya.  Ibu bapa sentiasa gembira melihat Elon.  Dia sangat comel dan pandai ambil hati.     Latihan Isikan tempat kosong.   Anak emas- anak yang sangat ________ Ada bakat - mempunyai __________ Ambil berat- _____________perhat...