10 Teknik Belajar Pelajar Terbaik
Hai, nak tahu cara belajar yang betul? Nak pandai, nak cemerlang, nak jadi pelajar terbaik, nak banggakan ibu dan bapa. Insha-Allah boleh sahaja. Di mana ada kemahuan, di sana ada jalan dan caranya.
Cuba teknik belajar di bawah selama sebulan dan lihat hasilnya.
1. Eat the frog first. Maksudnya bukan makan katak tapi siapkan atau fahami topik yang paling susah dahulu. Pada waktu pagi atau semasa kita paling segar dan bertenaga, hadap dulu subjek yang paling susah atau yang paling kita menyampah. Dah siap yang paling susah tu, maka hari-harimu akan terasa lebih indah.
2. Guna Teknik POMODORO. Caranya, kita belajar , fokus cuba fahami betul-betul, dan elakkan gangguan selama 25 minit sahaja. Lepas tu tolonggg lah berhenti rehat 5 minit gitu. lepas tu baru ulang lagi. Jangan jadi super human, nak study sampai 5 jam tanpa henti. Buat penat badan, hasilnya tak seberapa.
3. Faham dulu baru hafal. Jangan sibuk nak hafal benda yang kita tak faham. Pelik sangat tu. Ada ke orang macam ni? haha
4. Cuba recall atau ingat semula apa yang kita dah belajar tadi. Betul ke dah faham. Jangan asal baca je perasan dah faham. Belum tentu.
5. The Feynman Technique. Caranya, dah betul faham sesuatu topik, pergi ajar orang lain. Kalau tak ada orang, boleh ajar dinding atau berangan macam kita sedang mengajar orang. Lagi baik, kita boleh rakam dan post kat Youtube. Nasib baik meletup, banyak pulak orang suka. Tak fasal fasal dapat duit pulak.
6. Sila ulang kaji. Kalau tak bulat ulang kaji, kita akan mudah lupa. pernah dengan forgetting curve? Google it.
7. Belajar guna Memorization Technique. Mnemonics, chunking, Method of Loci (for Kinesthetic learners), mind maps, story telling, flashcards, tulis semula, kaitkan, acronym dll. Google it!
8. Track your progress. Buat senarai topik yang perlu kita kuasai dan tick mana yang telah difahami. Nanti senang nampak topik-topik yang belum mendapat perhatian dan kasih sayang.
9. Kalau rajin lagi, buat lah nota sikit. Catat teknik mana yang kita dah buat dan menampakkan kejayaannya. Teruskan dengan teknik tersebut. Kalau taknik yang tak sesuai dengan kita, abaikan. Sesuai dengan orang lain, tak semestinya sesuai dengan kita.
10. Always love yourself dengan cara bersenam selalu, makan makanan yang baik, tidur yang enak, hati yang mulia, Iman yang kuat, fikiran yang positif.
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DAN BERBAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN
Ulasan
Catat Ulasan