Karangan upsr -menyambung cerita
Karangan UPSR : Menyambung cerita. Loceng berbunyi menandakan waktu persekolah telah tamat. Aku keluar dari kelas lalu bergegas menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba… Sambung karangan anda dengan tiba-tiba… ---------------------------------------------------------------------------------------- Tiba-tiba langkahku terhenti. Tiga orang pelajar lelaki menahan aku. Mereka memaksa aku mengikut mereka ke belakang bangunan sekolah. Dari gaya kasar mereka, aku syak mereka bukan budak baik. Namun aku turutkan sahaja. Bukan kerana takut tetapi kerana hatiku meronta-ronta ingin tahu apa yang hendak dilakukan oleh kacang hantu itu. Tepat seperti sangkaanku, mereka ialah pembuli. Mereka telah memeras ugut aku supaya membayar wang perlindungan sebanyak RM10. Apabila aku enggan, salah seorang daripada mereka cuba menumbuk aku. Sepantas kilat aku menepis tangannya lalu membelasah mereka seorang demi seorang. Akhirnya, mereka melut...