Karangan upsr -menyambung cerita
Karangan UPSR : Menyambung cerita.
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolah telah tamat. Aku keluar dari kelas lalu bergegas menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba…Sambung karangan anda dengan tiba-tiba…
----------------------------------------------------------------------------------------
Tiba-tiba langkahku terhenti. Tiga orang pelajar lelaki menahan aku. Mereka memaksa aku mengikut mereka ke
belakang bangunan sekolah.
Dari gaya kasar mereka, aku syak mereka
bukan budak baik. Namun aku turutkan
sahaja. Bukan kerana takut tetapi kerana
hatiku meronta-ronta ingin tahu apa yang hendak dilakukan oleh kacang hantu itu.
Tepat seperti sangkaanku, mereka ialah
pembuli. Mereka telah memeras ugut aku
supaya membayar wang perlindungan sebanyak RM10.
Apabila aku enggan, salah seorang daripada
mereka cuba menumbuk aku. Sepantas kilat
aku menepis tangannya lalu membelasah mereka seorang demi seorang. Akhirnya, mereka melutut sambil meminta maaf.
Tanpa sekelumit belas kasihan, aku
mengheret mereka ke bilik guru disiplin.
Sambil tersenyum kambing, guru disiplin mengatakan akhirnya budak-budak
itu bertemu buku dengan ruas. Aku
bersyukur kerana selamat. Tak sia-sia
aku belajar silat sejak kecil.
(125 patah perkataan)
Latihan bina ayat.
mempraktikkan terhindar
merapatkan meluangkan mengambil
1.
Setiap orang perlulah sentiasa ____________________
amalan gaya hidup sihat.
2.
Aktiviti riadah bersama keluarga dapat menyihatkan
badan dan _________________ hubungan
kekeluargaan.
3.
Kita perlu menjaga kesihatan dengan ___________________
makanan yang seimbang dan berkhasiat.
4.
Kita perlu menjaga kebersihan diri dan tempat
tinggal supaya ______________ daripada
penyakit
5.
Kita hendaklah ____________________ masa
bersama ahli keluarga seperti bersiar-siar di taman pada waktu petang.
Latihan bina ayat.
memerhatikan membina berehat
bermandi-manda
menyediakan
1.
Puan Aminah sedang menceduk mi goreng sambil ________________
anak-anaknya bermain di tepi pantai.
2.
Salmah membantu ibunya ___________________ makanan
dan minuman untuk mereka sekeluarga.
3.
Encik Ali sedang duduk _________________ di bawah sepohon
pokok sambil melihat ke arah laut.
4.
Seorang kanak-kanak perempuan sedang ___________________
sebuah istana pasir sambil diperhatikan oleh kakaknya.
5.
Sekumpulan pengunjung sedang _______________________
di tepi pantai dengan gembiranya
Ulasan : cara-cara menjaga keselamatan diri di
jalan raya.
1.
Memakai tali pinggang keledar
2.
Beratur semasa menaiki bas
3.
Menggunakan lintasan belang
4.
Memakai topi keledar dengan betul
Jawapan.
Keselamatan diri perlu sentiasa dijaga.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga
keselamatan di jalan raya. Pertama, kita
hendaklah sentiasa memakai tali pinggang keledar sebaik sahaja menaiki
kereta. Selain itu, kita hendaklah berhati-hati
dan beratur semasa menaiki bas atau kereta api.
Para pejalan kaki pula hendaklah menggunakan lintasan belang atau
jejantas sewaktu melintas jalan. Akhir sekali,
penunggang dan pembonceng motosikal mestilah memakai topi keledar dengan betul
dan kemas. Kesimpulannya, kita dapat
menjaga keselamatan diri di jalan raya jika sentiasa berhati-hati dan tidak
cuai.
( 81 patah perkataan)
Ulasan
Catat Ulasan