Laporan Lawatan Ke Muzium Negara.

Pada 25 Januari 201__ yang lalu,  Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala Lumpur.  Para peserta terdiri daripada 25 orang ahli persatuan dan empat orang guru penasihat.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kesan-kesan sejarah dan khazanah bangsa.  Selain itu, lawatan ini diharap dapat menambah pengetahuan dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan ahli.
Rombongan kami bertolak dari pekarangan sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas.  Semua peserta rombongan kelihatan teruja.
Kami tiba di muzium pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh pegawai bertugas, Encik Hadif bin Hisyam .  Beliau membawa kami melihat bahan-bahan sejarah sambil memberi penerangan tentang sistem pemerintahan beraja, peralatan dan senjata tradisional masyarakat Melayu terdahulu.
Sebelum pulang, kami bergambar di sekitar muzium sebagai kenang-kenangan.  Rombongan bertolak pulang pada pukul 2.00 petang.  Kami gembira kerana mendapat pelbagai maklumat tentang sejarah negara.
Pada tahun hadapan, persatuan merancang untuk mengadakan lawatan ke muzium lain pula.

Laporan disediakan oleh,                                        31 JANUARI 201__              
      Aisyah Salnia                                                                                     
………………………………….
(AISYAH SALNIA)
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil



---------------------------------------------------------------------------------------
UPSR : Bahagian B (Ulasan) 


Buat ulasan tentang faedah buah-buahan tempatan berdasarkan isi yang diberi.

1.     Banyak khasiat, vitamin C, protein
2.    Sedap
3.    Mudah didapati
4.    Murah
5.    Menambah hasil pendapatan
6.    “Harga murah, khasiat berganda”.


Jawapan.
Amalan makan buah-buahan tempatan banyak faedahnya.  Buah-buahan tempatan sangat baik untuk tubuh badan kita kerana mengandungi banyak khasiat, vitamin C dan protein.  Selain rasanya yang sedap, buah-buahan tempatan mudah didapati kerana ada dijual di tepi-tepi jalan dan di pasar-pasar malam.   Kita juga dapat berjimat kerana  harganya yang murah berbanding buah-buahan import.  Secara tidak langsung, kita juga dapat membantu menambah pendapatan para petani.  Jelaslah, makan buah-buahan tempatan memberi banyak manfaat kepada kita.  “Harga murah, khasiat berganda”.

(75 patah perkataan)



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai