KEPENTINGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat patut menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Terdapat banyak kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Pertama, kita akan sentiasa gembira dan ceria. Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan gaya hidup sihat lebih aktif dan hanya melakukan aktiviti yang berfaedah. Kedua, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan mempunyai fizikal yang menarik dan tidak gemuk. Ini kerana kita makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Selain itu, amalan gaya hidup sihat mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyakit. Ini kerana orang yang mementingkan kesihatan tidak akan merosakkan diri dengan merokok atau minum arak. Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat membantu kita bahagia berjaya dalam hidup. Kita juga tidak mudah stres sebaliknya menjadi orang yang sentiasa positif. Jelaslah, amalan gaya hidup sihat sangat penting kepada kita semua. Oleh itu, mulakanlah langkah pertama deng...