Ulasan UPSR - Aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat,

Aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat.

  1. ·        Berjoging
  2. ·        Tidur awal
  3. ·        Membuat pemeriksaan kesihatan
  4. ·        Makan makanan seimbang
  5. ·        Bersembahyang


Kehidupan yang sihat dan bahagia menjadi impian setiap orang. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat menyumbang kepada kehidupan yang sihat.

Pertama, kita perlulah berjoging dan beriadah setiap hari untuk kesihatan fizikal dan mental.  Selain itu, kita perlulah tidur awal supaya badan berasa segar dan bertenaga.  Kita juga harus membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sebarang penyakit. Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.  Akhir sekali, selalulah bersembahyang dan berdoa untuk mendapat ketenangan rohani.


Kesimpulannya, lakukanlah aktiviti yang menyihatkan badan demi kehidupan yang bahagia dan sejahtera.  Ingatlah, kesihatan lebih berharga daripada wang ringgit.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai