Cadangan penambaikan pusat sumber sekolah
Baru-baru
ini anda menerima sepucuk surat daripada sahabat anda. Dia menceritakan perihal pusat sumber
sekolahnya yang serba kekurangan. Dia
turut meminta pendapat anda untuk mengatasinya.
Balas surat sahabat anda itu dengan memberikan beberapa cara untuk
mengatasi masalah tersebut.
Rangka
1. Pengenalan
2. Tulis
surat kepada guru besar
3. Kutip
derma
4. Adakan
hari pusat sumber
5. Merayu di
media sosial
6. PHD
115, Jalan PUJ 2/23,
Taman
Puncak Jalil,
43300Seri Kembangan,
Selangor.
_________________
Menemui
sahabatku Adam. Apa khabar saudara di
sana? Semoga sihat di samping keluarga
tercinta.
Saudara,
Terima
kasih atas surat saudara yang bertarikh ____________. Saya sedih mendengar
keluhan saudara tentang kedaifan pusat sumber sekolah saudara yang kekurangan
bahan bacaan dan tidak kondusif. Memang sukar menuntut ilmu jika demikian
keadaannya.
Pada
pendapat saya, saudara harus menulis surat kepada guru besar di sekolah
saudara. Nyatakan kepada beliau tentang masalah pusat suber itu dan cadangkan
beberapa penambahbaikan. Saya pasti
beliau seorang guru yang prihatin.
Selain
itu, saudara dan pengawas pusat sumber yang lain boleh meminta kebenaran guru
besar untuk mengutip derma ikhlas
daripada murid-murid dan ibu bapa. Nyatakan
kegunaan wang tersebut adalah untuk membeli buku-buku terbaharu, menukar
perabot yang usang dan memasang alat pendingin hawa.
Jika
perlu, saudara boleh mengadakan Hari Pusat Sumber. Adakan aktiviti seperti jualan barangan
terpakai dan sewa gerai. Sebaik-baiknya,
libatkan semua murid dan para guru. Tentu meriah.
Akhir
sekali, saudara cuba-cubalah merayu bantuan komputer berinternet di media
sosial. Paparkan keadaan pusat sumber
sekolah saudara yang belum dilengkapi kemudahan teknologi maklumat itu. Siapa tahu ada dermawan yang sudi membantu.
Saya rasa
setakat ini sahaja cadangan yang dapat saya berikan untuk membantu saudara.
Semoga bermanfaat. Saya doakan saudara berjaya.
Sekian.
Sahabatmu,
Farhan
Ulasan
Catat Ulasan