Bahagian A.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan.
1.     Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman perlu dilakukan untuk _________________________________
2.    Majlis Rumah Terbuka elok diadakan supaya kita dapat ______________________________________________
3.    Kita wajarlah menegur jiran setiap kali bertemu mereka ______________________________________________
4.    Berilah makanan kepada jiran ________________________ ______________________________________________
5.    Lawatlah jiran yang sakit untuk menunjukkan ____________________________________________________________

Bahagian B

Tulis ulasan tentang kebaikan bercuti di dalam negara berdasarkan rangka di bawah.
1.     Menjimatkan wang dan masa.
2.    Mengenal Malaysia dengan lebih dekat.
3.    Meningkatkan ekonomi negara.
4.    Mewujudkan peluang pekerjaan.

Jawapan


Bercuti di dalam negara sendiri banyak kebaikannya.  Antaranya ialah kita dapat menjimatkan wang dan masa.  Selain itu, kita dapat mengenali negara kita dengan lebih dekat.  Seterusnya, kita juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kerana pengaliran wang ke luar negara tidak berlaku.  Dalam pada itu, kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.  Oleh itu, marilah kita melancong di dalam negara sambil menyokong program Cuti-cuti 1Malaysia.
(64 perkataan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai