Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Jangan suka bergosip

Kata orang, kalau nak bijak kenalah berkawan dengan orang bijak.  Jadi, aku kena mengelakkan diri daripada jiranku yang bernama Nani.  Nak tau? Nani adalah antara kawanku yang paling suka bergosip.  Orang yang suka bergosip, memang tak baik dan tak bijak.  Betul tak?   Tolonglah..bukan jenis aku suka buang masa sambil menambah dosa. Satu perbuatan yang sungguh tak bijak dan tidak diamalkan oleh orang yang bijak seperti aku. Jadi, sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni, aku ada perancangan baik. Aku nak berkurung di dalam rumah sambil belajar buat kek coklat kegemaranku.  Kalau Nani sangka aku melancong ke luar negara pun bagus juga.  Hari ini aku nekad untuk membuat kek coklat yang paling sedap dengan bantuan resipi-resipi dari internet.  Kalau tak jadi, aku akan buat lagi dan lagi dan lagi... Itu janjiku pada diriku sendiri.  Orang lain tak payah sibuk..!! Apabila aku beritahu abangku Si Ikan Paus yang aku nak...

Abangku Si Ikan Paus Pembuli

         Hari ini aku sangat gembira kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.          Malangnya, aku terpaksa tunjuk muka tak begitu ceria. Semuanya gara-gara abangku, Irfan Daus Ramli (tapi aku lebih suka panggil dia Ikan Paus Pembuli).           Sebab apa? Sebab nama tersebut lebih sesuai dengan wataknya yang sejak azali suka membuli aku.           Maka dengan rasminya diumumkan, Ikan Paus mendapat nombor kedua tercorot iaitu nombor 39 daripada 40 orang pelajar dalam kelasnya. Sudahlah duduk dalam kelas corot, dapat pula nombor corot.         Rasanya dah tiga tahun berturut-turut dia memegang ‘tahta’ tersebut. Yang peliknya, dia gembira kerana masih berjaya mengalahkan kawan baiknya, Sariman bin Saribu yang mendapat nombor 40.           Setahu aku, setiap kali peperiksaan, abangku dan Sariman akan berlumb...

Budak 'superdungu'

Seperti yang aku janjikan.. Cerita hari ini adalah tentang seorang budak super di sekolah aku.  Bukan superkomputer, bukan supersonik, bukan superior, tidak juga superintenden, jauh sekali supernatural tetapi ‘superdungu’. Budak yang aku panggil ‘superdungu’ tersebut memang Dungu bin Bebal.  Dia telah membaling  sebuah pasu bunga dari tingkat 3 bangunan sekolah.  Aku tak pasti sama ada budak itu gila atau tak siuman... Nasib baik tidak mengenai kepala sesiapa.  Kalau tidak,  alamat ada yang meninggal hari ini.  Tentu kecoh. Dan yang pasti, segala sesi pembelajaran akan terhenti.  Walaupun aku memang suka kalau tak belajar, tapi janganlah sebab ada kematian yang tragis.  Anak siapakah agaknya yang otak udang  tu?  Kalau aku dapat, aku nak bedah otak dia dan jual kepada restoran makanan eksotik.  Tentu lebih sedap daripada hidangan otak monyet... Kejadian itu menyebabkan semua pelajar dipanggil ke bilik guru disi...

Aku ingin menjadi penulis

 23 September 2013 Tadi, selepas rehat ialah mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Cikgu Hasymah ialah cikgu Bahasa Malaysia kami.  Beliau ni kadang-kadang baik, kadang-kadang  melampau.  Beri tugasan punyalah banyak sampai tak masuk akal. Salin 10 buah karangan! Sesiapa yang tak suka berdiri sambil junjung  kerusi,  sila hantar tugasan anda esok. Sekian, terima kasih.   Apa-apa pun, hari ini beliau telah membuka mataku. Nak tahu apa?  Hari ini, beliau bercakap tentang mudahnya menjadi seorang penulis.  Walau siapapun kita, walau apa pun jawatan kita, kita semua mempunyai potensi untuk menjadi seorang penulis. Tulislah sesuatu yang kita tahu atau pakar tentangnya. Contohnya,  perdana menteri boleh...

My 1st posting

...its me and this is my story....