Abangku Si Ikan Paus Pembuli
Hari ini aku sangat gembira kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Malangnya, aku terpaksa tunjuk muka tak begitu ceria. Semuanya gara-gara abangku, Irfan Daus Ramli (tapi aku lebih suka panggil dia Ikan Paus Pembuli).
Sebab apa? Sebab nama tersebut lebih sesuai dengan wataknya yang sejak azali suka membuli aku.
Maka dengan rasminya diumumkan, Ikan Paus mendapat nombor kedua tercorot iaitu nombor 39 daripada 40 orang pelajar dalam kelasnya. Sudahlah duduk dalam kelas corot, dapat pula nombor corot.
Rasanya dah tiga tahun berturut-turut dia memegang ‘tahta’ tersebut. Yang peliknya, dia gembira kerana masih berjaya mengalahkan kawan baiknya, Sariman bin Saribu yang mendapat nombor 40.
Setahu aku, setiap kali peperiksaan, abangku dan Sariman akan berlumba-lumba untuk mendapatkan nombor kedua tercorot. Sedihhh…
Bagaimanapun, apabila di hadapan mama, pandai pula dia pura-pura kecewa. Kecewa konon...
Apabila mama tanya kenapa teruk sangat keputusan dia, dia jawab, I've tried my best. It was hard.
Ha..ha.. ‘hard’lah sangat. Kalau asyik dengan game, kartun, komik, kacau orang sana sini, macam mana nak dapat A?
Spesies ikan paus betul. Siapalah yang nak percayakan dia.

Ulasan
Catat Ulasan