Budak 'superdungu'
Seperti yang aku janjikan..
Cerita hari ini adalah tentang
seorang budak super di sekolah aku.
Bukan superkomputer, bukan supersonik, bukan superior, tidak juga
superintenden, jauh sekali supernatural tetapi
‘superdungu’.
Budak yang aku panggil ‘superdungu’
tersebut memang Dungu bin Bebal. Dia telah
membaling sebuah pasu bunga dari tingkat
3 bangunan sekolah. Aku tak pasti sama
ada budak itu gila atau tak siuman... Nasib baik tidak mengenai kepala
sesiapa. Kalau tidak, alamat ada yang meninggal hari ini. Tentu kecoh. Dan yang pasti, segala sesi
pembelajaran akan terhenti.
Walaupun aku memang suka kalau
tak belajar, tapi janganlah sebab ada kematian yang tragis. Anak siapakah agaknya yang otak udang tu?
Kalau aku dapat, aku nak bedah otak dia dan jual kepada restoran makanan
eksotik. Tentu lebih sedap daripada
hidangan otak monyet...
Kejadian itu menyebabkan semua
pelajar dipanggil ke bilik guru disiplin. Berjam-jamlah kami kena berdiri untuk
sesi soal siasat. Hampir pekak juga telinga kami mendengar jerit-pekik Cikgu
Aminah, selaku guru disiplin. Ini yang
dikata, seekor
kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.
Setelah berjam-jam sesi soal siasat
dijalankan, hasilnya kosong! Tiada
sebarang bukti diperoleh. Tiada sebarang
saksi yang nampak. Tiada juga sebarang
tangkapan berjaya dibuat.
Yang pasti, kaki kami
kejang. Suara Cikgu Aminah yang mulanya lantang
dah bunyi macam suara itik serati. Kesian!
selamatleh membaca kalau mahu selamat
BalasPadam