Latihan kata tanya tahun 2
Latihan SJ2(1)
– KATA TANYA
Di manakah
keluarga Celester bercuti? Keluarga Celester bercuti di Port Dikson.
Di manakah
sambutan hari keluarga Yi Hunn diadakan?
Sambutan hari keluarga Yi Hunn di adakan di Pulau Langkawi.
Bagaimanakah
sambutan hari keluarga itu diadakan?
Sambutan hari keluarga itu diadakan secara besar-besaran.
Siapakah
yang menghadiri sambutan hari keluarga itu?
Sambutan hari keluarga itu dihadiri oleh semua ahli keluarganya.
Adakah pak
ciknya turut hadir? Ya, pak ciknya juga
turut hadir.
Siapakah
yang datang lewat? Neneknya yang datang
lewat.
Di manakah
datuk kamu tinggal? Datuk saya tinggal
di Taman Puncak Jalil.
Bagaimanakah
awak pergi ke sana? Saya pergi ke sana
dengan menaiki kereta.
Bilakah awak
membeli hadiah untuk sambutan itu? Saya
membeli hadiah untuk sambutan itu semalam.
Mengapakah
awak tidak menghubungi kakak awak? Saya
tidak menghubungi kakak saya kerana saya terlupa.
Apakah
aktiviti yang akan diadakan? Aktiviti yang akan diadakan ialah sukaneka,
barbeku dan karaoke.
Siapakah
yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang?
Saya yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Di manakah
ibu awak bersenam? Ibu saya bersenam di
taman rekreasi.
Bagaimanakah
ibu menjaga awak sekeluarga? Ibu menjaga
kami sekeluarga dengan baik dan penuh kasih sayang.
Bilakah ayah
awak akan mula bercuti? Ayah saya akan
mula bercuti pada hari Selasa ini.
Mengapakah
aktiviti sukaneka itu diadakan? Aktiviti
sukaneka itu diadakan untuk mengeratkan hubungan keluarga.
Apakah
aktiviti yang awak paling suka? Aktiviti
yang paling saya suka ialah sukaneka.
Siapakah
yang menemani awak berenang? Ibu yang
menemani saya berenang.
Di manakah
awak membeli buku itu? Saya membeli buku
itu di kedai buku Bookworld.
Bagaimanakah
awak pergi ke sekolah? Saya pergi ke
sekolah dengan menunggang basikal.
Bilakah pak
cik awak akan tiba dari Jepun? Pak cik
saya akan tiba dari Jepun pada petang ini.
Mengapakah
kakak awak pergi ke Australia? Kakak
saya pergi ke Australia untuk menyambung pelajarannya.
Apakah hadiah
yang awak beli sempena Hari Ibu? Hadiah
yang saya beli sempena Hari Ibu ialah sejambak bunga.
Siapakah
yang menanam pokok bunga ros ini? Nenek
saya yang menanam pokok bunga ros ini.
Di manakah
awak letakkan gambar itu? Saya letakkan
gambar itu di dalam album keluarga.
Bagaimanakah
caranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan? Cara mengeratkan hubungan
kekeluargaan adalah dengan makan bersama.
Bilakah awak
hendak melawat datuk di hospital? Saya
akan melawat datuk di hospital sebentar lagi.
Mengapakah
adik awak ketawa? Adik saya ketawa
kerana geli hati.
Ulasan
Catat Ulasan