Catatan

KARANGAN SAYA: Bahagian A.Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang ...

KARANGAN SAYA: Bahagian A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang ... : Bahagian A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan. 1.      Aktiviti gotong-royong membersihk...
UPSR: Langkah-Langkah Mencegah Tabiat Merokok Dalam Kalangan Generasi Muda. Amalan merokok amat membahayakan kesihatan.  Terdapat beberapa langkah-yang boleh diambil bagi mencegah tabiat buruk ini. Pertama, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya menjauhi amalan merokok.  Mereka juga harus menunjukkan contoh yang baik dengan tidak merokok.  Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Selain itu, ibu bapa juga perlu memantau pergaulan dan aktiviti anak masing-masing.  Jangan biarkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang merokok supaya tidak terpengaruh. Pihak sekolah pula perlu mengenakan hukuman yang berat terhadap murid-murid yang merokok.  Ini penting supaya mereka serik untuk merokok lagi.  Selain itu, hukuman yang berat dapat menjadi amaran kepada murid lain. Akhir sekali, selain menaikkan harga rokok, kerajaan perlu memperbanyakkan kempen antirokok.  Kempen tersebut hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh...
Bahagian A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan. 1.      Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman perlu dilakukan untuk _________________________________ 2.     Majlis Rumah Terbuka elok diadakan supaya kita dapat ______________________________________________ 3.     Kita wajarlah menegur jiran setiap kali bertemu mereka ______________________________________________ 4.     Berilah makanan kepada jiran ________________________ ______________________________________________ 5.     Lawatlah jiran yang sakit untuk menunjukkan _____________ _______________________________________________ Bahagian B Tulis ulasan tentang kebaikan bercuti di dalam negara berdasarkan rangka di bawah. 1.      Menjimatkan wang dan masa. 2.     Mengenal Malaysia dengan lebih dekat. 3.     Meningkatkan e...
ULASAN UPSR 2016 – CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT Berdasarkan rangka yang diberi, tulis ulasan tentang usaha-usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.  Panjang ulasan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Soalan : Cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. 1.      Aktiviti gotong-royong 2.     Mengunjungi rumah jiran tetangga. 3.     Mengadakan kempen-kempen perpaduan 4.     Menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Contoh jawapan . Perpaduan amat penting dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni. Antara usaha yang paling ampuh untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan aktiviti gotong-royong di kawasan kejiranan.  Gotong-royong dapat menyemai semangat kerjasama dan hormat-menghormati.  Selain itu, kita hendaklah kunjung-mengunjung terutamanya pada hari perayaan.  Kerajaan pula hendaklah mengadakan kem...
KARANGAN UPSR 2016 : CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA SOALAN Pengorbanan ibu bapa kepada kita sangat besar dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.  Sebagai seorang anak, nyatakan cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa. Panjangnya jawapan anda hendaklah antara 80- hingga 120 patah perkataan.   CONTOH JAWAPAN Pengorbanan ibu bapa untuk melahirkan dan membesarkan kita sangat besar dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.  Justeru, sebagai anak kita hendaklah sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa mereka.           Cara membalas jasa ibu bapa yang pertama adalah dengan sentiasa taat dan patuh akan nasihat mereka.  Janganlah menyakiti hati mereka dengan bersikap biadap atau keras kepala.          Selain itu, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga menempa kejayaan.  Sekiranya kita berjaya, tentulah ibu bapa berasa sangat bahagia.            ...

Aktiviti Tanpa Gadget

Hari ini hari keluargaku.  Ayah dan mama telah merancang pelbagai aktiviti menarik.  Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan membawa gadget masing-masing.  Kata ayah, dia mahu kami merasai keseronokan bermesra bersama keluarga.   Aku dan mama tak ada masalah.  Namun abangku jelas tak puas hati dengan syarat tersebut.  Kononnya, dia gamer kental.  Tak mugkin dapat dipisahkan dengan laptop mahupun telefon pintarnya.   Aku tahu dia tak puas hati.  Ayah dan mama pun tahu.  Tapi, ada kami kisah?  Asyik nak ikut cara dia.  Kalau betul tak apa.  Ini tak, bergadget sampai lupa akan matlamat hidup. Alkisahnya, hari ini pagi-pagi lagi kami sudah keluar.  Dengan menaiki MPV, kami menuju ke pantai Port Dikson.  Di sana, kami lumba berenang sambil menyelam.  Selepas itu, kami bermain pasir macam kanak-kanak.  Aku tergelak besar melihat abangku jatuh terkangkang semasa mengejar anak ketam.   Apabila lap...

How To Be Popular

Petang tadi, aku melayari satu blog.  Tajuknya, ‘ How To Be Popular’.  Emm, memang menarik.  Bagaimanakah rasanya menjadi orang popular ya? Sedang aku asyik menelaah cara-cara dan kaedah untuk popular, datang Si Paus Pengacau tu entah dari planet mana.  Datang-datang je, terus dia sergah aku dari belakang.  Siapa tak terkejut? Badak pun boleh pengsan dengar suara dia yang garau semacam tu.  Nasib baik aku yang hebat ni masih dapat mengekalkan ciri-ciri gadis Melayu sejati.  Jadi, tak adalah sampai aku nak terkejut dan melatah macam kera kena belacan. “Woi, kau nak jadi  popular pulak ke! Hwa..ha..ha..ha..  gelinya hati aku.  Geli lagilah hati kambing kalau diketahuinya kau ada hati nak popular,” ejek abangku sambil gelak dan menekan-nekan perutnya.  Kononnya kelakarlah sangat.  Ee.. geramnya aku.  Kalaulah aku ada ‘magic wand’, aku dah sangkutkan dia di atas pokok durian.  Haha..tentu menarik kalau dapat ...