Catatan

10 Teknik Belajar Pelajar Terbaik

Hai, nak tahu cara belajar yang betul?  Nak pandai, nak cemerlang, nak jadi pelajar terbaik, nak banggakan ibu dan bapa.  Insha-Allah boleh sahaja.  Di mana ada kemahuan, di sana ada jalan dan caranya.   Cuba teknik belajar di bawah selama sebulan dan lihat hasilnya. 1.     Eat the frog first.  Maksudnya bukan makan katak tapi siapkan atau fahami topik yang paling susah dahulu.  Pada waktu pagi atau semasa kita paling segar dan bertenaga, hadap dulu subjek yang paling susah atau yang paling kita menyampah.  Dah siap yang paling susah tu, maka hari-harimu akan terasa lebih indah. 2.     Guna Teknik POMODORO.  Caranya, kita belajar , fokus cuba fahami betul-betul, dan elakkan gangguan selama 25 minit sahaja.  Lepas tu tolonggg lah berhenti  rehat 5 minit gitu.  lepas tu baru ulang lagi.  Jangan jadi super human, nak study sampai 5 jam tanpa henti.  Buat penat badan, hasilnya tak seberapa.  3. ...

Bahasa Melayu (SJKC) tahun 3- unit 1

  Tahun 3 - Unit 1   Simpulan bahasa     Anak emas - anak yang sangat disayangi Ada bakat - mempunyai bakat Ambil berat - beri perhatian (caring) Ambil hati - menggembirakan hati   Baca   1.  Elon masih kecil.  Umurnya 3 tahun.  Dia sangat pandai menyanyi dan menari.  Dia ada bakat .   2.  Elon anak tunggal.  Ibu dan bapa sangat menyayanginya.  Dia anak emas dalam keluarga.   3.  Ibu dan bapa menjaga Elon dengan baik.  Mereka mengajar Elon membaca dan menulis.  Mereka juga memberi Elon makan makanan yang berkhasiat.  Mereka sangat ambil berat tentang Elon.   4.  Elon  selalu menyanyi dan menari di hadapan ibu dan bapanya.  Ibu bapa sentiasa gembira melihat Elon.  Dia sangat comel dan pandai ambil hati.     Latihan Isikan tempat kosong.   Anak emas- anak yang sangat ________ Ada bakat - mempunyai __________ Ambil berat- _____________perhat...

CARA-CARA MENANGANI STRES

CARA-CARA MENANGANI STRES   STRES atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.   Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.   Stres dapat memudaratkan kesihatan serta mengundang penyakit. Kita mampu menangani stres yang dialami dengan beberapa cara.   Cara menangani stres yang pertama adalah dengan berkongsi perasaan dengan seseorang.   Kita boleh berkongsi perasaan risau atau meluahkan kesedihan kita kepada ahli keluarga atau kawan-kawan rapat.   Setelah berkongsi perasaan, kita akan berasa lega dan tenang kerana kita tahu ada orang yang ambil berat tentang diri kita.     Selain itu kita boleh beriadah atau bersukan untuk menghilangkan stres.   Kita perlu meluangkan sedikit masa untuk beridah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.   Akitiviti tersebut dapat menenangkan fikiran dan membuat kita beras...

Kata tanya tahun 2

Latihan SJK(C) Tahun 2(unit 1) – KATA TANYA Isi tempat kosong dengan kata tanya. 1. _________________ keluarga Celester bercuti? Keluarga Celester bercuti di Port Dikson. 2. _________________ sambutan hari keluarga Yi Hunn diadakan? Sambutan hari keluarga Yi Hunn di adakan di Pulau Langkawi. 3. _________________ sambutan hari keluarga itu diadakan? Sambutan hari keluarga itu diadakan secara besar-besaran. 4. _________________ yang menghadiri sambutan hari keluarga itu? Sambutan hari keluarga itu dihadiri oleh semua ahli keluarganya. 5. ________________ pak ciknya turut hadir? Ya, pak ciknya juga turut hadir. 6. ________________ yang datang lewat? Neneknya yang datang lewat. Isikan tempat kosong. 1. Di manakah datuk kamu tinggal? Datuk saya tinggal di _________________________ . 2. Bagaimanakah awak pergi ke sana? Saya pergi ke sana dengan ___________________ . 3. Bilakah awak membeli hadiah untuk sambutan hari keluarga itu? Saya membeli hadiah untuk s...

Latihan kata tanya tahun 2

Latihan SJ2(1) – KATA TANYA Di manakah keluarga Celester bercuti? Keluarga Celester bercuti di Port Dikson. Di manakah sambutan hari keluarga Yi Hunn diadakan?  Sambutan hari keluarga Yi Hunn di adakan di Pulau Langkawi. Bagaimanakah sambutan hari keluarga itu diadakan?  Sambutan hari keluarga itu diadakan secara besar-besaran. Siapakah yang menghadiri sambutan hari keluarga itu?  Sambutan hari keluarga itu dihadiri oleh semua ahli keluarganya. Adakah pak ciknya turut hadir?  Ya, pak ciknya juga turut hadir. Siapakah yang datang lewat?  Neneknya yang datang lewat. Di manakah datuk kamu tinggal?  Datuk saya tinggal di Taman Puncak Jalil. Bagaimanakah awak pergi ke sana?  Saya pergi ke sana dengan menaiki kereta. Bilakah awak membeli hadiah untuk sambutan itu?  Saya membeli hadiah untuk sambutan itu semalam. Mengapakah awak tidak menghubungi kakak awak?  Saya tidak menghubungi kakak saya kerana saya terlupa. Apakah akti...

Kisah monyet dan buaya

Kisah monyet dan buaya Di tepi sebuah tasik, ada sepohon pokok.  Di atas pokok itu tinggal seekor monyet.  Monyet itu selalu makan buah-buahan yang masak ranum dan manis.  Buah-buah yang muda dan masam, dicampakkannya ke dalam tasik.  Di dalam tasik itu pula, ada seekor buaya.  Buaya itu tidak suka akan monyet.  Buaya itu marah kerana monyet selalu membaling buah-buah yang masam dan kelat. Pada suatu hari, buaya itu berbaik-baik dengan monyet.  Dia memberitahu monyet bahawa di seberang tasik sana ada banyak pokok rambutan yang sedang masak ranum.  Monyet sangat gembira.  Bagaimanapun, monyet tidak pandai berenang.  Monyet meminta pertolongan buaya. Buaya  pun gembira.  Buaya segera mengajak monyet naik ke atas belakangnya.  Buaya pun membawa monyet ke seberang tasik. Sebaik tiba di tengah tasik, buaya ketawa.  Monyet berasa hairan.  Monyet bertanya sebab buaya ketawa.  Buaya ketawa sambil ...

dubsmash

Imej