KARANGAN UPSR 2016 : CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA
SOALAN
Pengorbanan ibu bapa kepada kita sangat besar dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Sebagai seorang anak, nyatakan cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa.Panjangnya jawapan anda hendaklah antara 80- hingga 120 patah perkataan.
CONTOH JAWAPAN
Pengorbanan ibu bapa untuk melahirkan dan membesarkan kita sangat besar dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Justeru, sebagai anak kita hendaklah sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa mereka.
Cara membalas jasa ibu bapa yang pertama adalah dengan sentiasa taat dan patuh akan nasihat mereka. Janganlah menyakiti hati mereka dengan bersikap biadap atau keras kepala.
Selain itu, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga menempa kejayaan. Sekiranya kita berjaya, tentulah ibu bapa berasa sangat bahagia.
Seterusnya, kita hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan maruah keluarga. Janganlah sekali-kali menconteng arang di muka orang tua kita dengan perilaku buruk seperti menagih dadah, mencuri atau berkelakuan sumbang.
Sebagai anak, kita juga hendaklah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keselamatan ibu dan bapa. Doa yang ikhlas, pasti dimakbulkan Tuhan.
Akhir kata, jadilah anak yang baik dan berjasa. Sesungguhnya, kebahagiaan seseorang anak itu bergantung kepada keredaan ibu bapanya.
Thank you
BalasPadamtak bagus sangat sampai saya kena marah panjang pulak tu buat layang pendek
PadamTerima kasih..saya hargainya okey.🙂☺
BalasPadamsemuanya okey
PadamDokdak
BalasPadamOr
PadamUyuotthjdhhgdgzfbfcnvgngvhsjbfvfvjf
BalasPadamTeng kiuuuuu😁😁😁
BalasPadamTq
BalasPadamTerimakasih atas karangan ini
PadamMantap lah
BalasPadamMemang terbaik karangan ini
BalasPadam💜💜💜💜👍👍👍👍👍Bagus
BalasPadamTerima kasih banyak - banyak atas karangan ini semoga bermanfaat 😎
BalasPadamInsya Allah
PadamSaya nak karangan pendek
BalasPadamTerima kasih💜💜💜
BalasPadamTerima kasih karangan bagus🔥
BalasPadam