UPSR: Langkah-Langkah Mencegah Tabiat Merokok
Dalam Kalangan Generasi Muda.
Amalan merokok amat membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa langkah-yang boleh diambil
bagi mencegah tabiat buruk ini.
Pertama, ibu bapa hendaklah
mendidik anak-anak supaya menjauhi amalan merokok. Mereka juga harus menunjukkan contoh yang
baik dengan tidak merokok. Jangan jadi
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Selain itu, ibu bapa juga perlu
memantau pergaulan dan aktiviti anak masing-masing. Jangan biarkan anak-anak bergaul dengan
rakan-rakan yang merokok supaya tidak terpengaruh.
Pihak sekolah pula perlu mengenakan
hukuman yang berat terhadap murid-murid yang merokok. Ini penting supaya mereka serik untuk merokok
lagi. Selain itu, hukuman yang berat
dapat menjadi amaran kepada murid lain.
Akhir sekali, selain menaikkan
harga rokok, kerajaan perlu memperbanyakkan kempen antirokok. Kempen tersebut hendaklah dilakukan secara
bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Kesimpulannya, tabiat merokok
dalam kalangan generasi muda perlu dicegah sebelum parah.
(132 patah perkataan)
Awak boleh tambah maklumat yang lebih lanjut tapi tak apa gred utk ni tetap bagus
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamтerιмα ĸαѕιн
BalasPadamтerιмα ĸαѕιн
BalasPadamBagus......
BalasPadam