UPSR: Langkah-Langkah Mencegah Tabiat Merokok Dalam Kalangan Generasi Muda.

Amalan merokok amat membahayakan kesihatan.  Terdapat beberapa langkah-yang boleh diambil bagi mencegah tabiat buruk ini.
Pertama, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya menjauhi amalan merokok.  Mereka juga harus menunjukkan contoh yang baik dengan tidak merokok.  Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Selain itu, ibu bapa juga perlu memantau pergaulan dan aktiviti anak masing-masing.  Jangan biarkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang merokok supaya tidak terpengaruh.
Pihak sekolah pula perlu mengenakan hukuman yang berat terhadap murid-murid yang merokok.  Ini penting supaya mereka serik untuk merokok lagi.  Selain itu, hukuman yang berat dapat menjadi amaran kepada murid lain.
Akhir sekali, selain menaikkan harga rokok, kerajaan perlu memperbanyakkan kempen antirokok.  Kempen tersebut hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Kesimpulannya, tabiat merokok dalam kalangan generasi muda perlu dicegah sebelum parah.
   

 (132 patah perkataan) 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai