Bahagian A – Bina 5 ayat tentang cara-cara menjaga
kebersihan rumah.
1.
Kita hendaklah menjaga kebersihan halaman rumah
agar sentiasa bersih dan ceria.
2.
Kita hendaklah mencuci tandas selepas digunakan
agar bersih dan tidak berbau busuk.
3.
Kita perlu menjaga kebersihan dapur agar tidak
menjadi tempat pembiakan lipas, cicak dan tikus.
4.
Kita mesti mengemas tempat tidur setiap pagi agar
tidak berselerak dan berhabuk.
5.
Kita hendaklah mengikat sampah di dalam plastik sebelum dibuang ke dalam
tong sampah.
Bahagian B – Tuliskan ulasan tentang kesan-kesan
merokok.
·
menyebabkan ketagihan
·
langkah pertama menjadi penagih dadah
·
membantutkan tumbesaran janin
·
merosakkan otak dan paru-paru
·
membazirkan wang
·
setiap sedutan membawa padah, bertindak sebelum
terlambat.
Contoh jawapan.
Amalan merokok banyak meninggalkan kesan buruk kepada
seseorang. Kesan pertama ialah menyebabkan ketagihan dan merupakan langkah
pertama menjadi penagih dadah. Jika wanita
hamil yang merokok, perbuatan mereka akan membantutkan tumbesaran janin. Selain
itu, merokok merosakkan otak, paru-paru dan menyebabkan barah. Amalan tidak berfaedah ini juga sangat membazirkan
wang kerana harga rokok yang mahal. Oleh itu, jauhilah amalan merokok kerana
setiap sedutan membawa padah. Bertindak sebelum
terlambat.
(66 patah perkataan)
hmm so-so ...not to bad...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamIs not to bad
BalasPadam