KARANGAN UPSR - UCAPAN YANG BERTAJUK "KEPENTINGAN SUKAN"



Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,  Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.  Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.  Pada hari ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk, “Kepentingan Sukan”.

Hadirin sekalian,
        
          Sukan sangat penting kerana dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.  Apabila bersukan, badan kita akan berpeluh dan darah mengalir dengan lancar.  Secara tidak langsung, kita juga terhindar daripada penyakit.
          
         Selain itu, sukan seperti permainan bola sepak dapat dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat. Ini kerana semasa bersukan, kita bekerjasama untuk menang tanpa mengira perbezaan kaum atau agama.

          Selanjutnya, sukan sangat penting kerana dapat memperkenalkan sesebuah negara di mata dunia.  Negara kita akan dikagumi jika atlet kita cemerlang dalam arena sukan.

          Akhir sekali, sukan penting kerana dapat mengisi masa lapang seseorang dengan bermanfaat.  Selain menambah kenalan, masalah sosial juga dapat dikurangkan.

          Jelaslah, aktiviti sukan banyak faedahnya.  Oleh itu, pilihlah sukan sebagai aktiviti riadah.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai