Cerita- Budi rakan
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh kubayar,
Hutang budi kubawa ke mati.
Berdasarkan
maksud pantun di atas, tuliskan cerita yang berkait dengan budi atau jasa
seseorang kepada kamu.
Namaku Nur Badariah Binti Badaruddin. Namun, fizikalku yang gempal dan boyot
menyebabkan rakan-rakanku enggan berkawan denganku. Malah, mereka menggelar aku Badak. Aku sangat sedih.
Pada suatu hari, aku disapa
oleh seorang murid baharu yang cantik lagi sopan. Namanya Dafinah. Dia bertanya namaku dan mengajak aku makan
bersamanya. Aku sangat gembira.
Sejak itu, kami berkawan
baik. Dafinah menjadi tempat aku
berkongsi suka duka. Setiap kali aku
dikutuk, dia akan membelaku. Dia sering
memberi kata-kata semangat agar aku terus sabar dan tabah.
Setiap petang, Dafinah
menemani aku berjoging di taman. Dia turut
menyediakan jadual diet untuk aku. Dia juga
memotivasikan aku untuk kelihatan anggun.
Usaha Dafinah membantuku
tidak terhenti setakat itu. Dia turut
mengajak aku belajar bersamanya. Akhirnya,
kami sama-sama menggapai kejayaan yang cemerlang.
Kini aku ialah seorang gadis
yang pintar, periang dan berkeyakinan tinggi.
Semuanya atas jasa dan budi seorang sahabat yang bernama Dafinah. Budinya kujunjung tinggi. Akan kukenang sehingga ke mati.
(148 patah perkataan)
bru
BalasPadam