Abangku macam Messi
Hari ini aku baik hati nak pergi tengok perlawanan bola sepak. Pasukan sekolah abangku, Kelab Singa Muda akan menentang pasukan Singa Tua dari Sekolah Bandar Arora. Aku dapat tahu bahawa abangku, Paus ialah pemain terakhir yang dipilih. Sebabnya, biasalah orang kaki bangku , macam mana nak main bola? Namun, disebabkan salah seorang pemain asal cedera digigit anjing gila, maka dia jadilah bidan terjun . Sebenarnya, tujuan asal aku datang semata-mata nak menggelakkan abangku. Aku nak ketawa bergolek-golek di tepi padang tengok gaya si kaki bangku bermain bola. Aku dapat bayangkan bagaimana dia melompat macam katak untuk menanduk bola, berlari terkedek-kedek macam itik manakala tangannya menepis-nepis macam sotong. Memang kelakar gila. Aku siap bawa kamera. Aku nak rakam detik-detik terindah dia jatuh terkangkang atau tertonggeng. Atau masa bola kena tepat kat hidungnya. Atau gambar dia berlari kejar bola sampai terkencing-kencing...