Catatan
KEPENTINGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Gaya hidup sihat patut menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Terdapat banyak kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Pertama, kita akan sentiasa gembira dan ceria. Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan gaya hidup sihat lebih aktif dan hanya melakukan aktiviti yang berfaedah. Kedua, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan mempunyai fizikal yang menarik dan tidak gemuk. Ini kerana kita makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Selain itu, amalan gaya hidup sihat mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyakit. Ini kerana orang yang mementingkan kesihatan tidak akan merosakkan diri dengan merokok atau minum arak. Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat membantu kita bahagia berjaya dalam hidup. Kita juga tidak mudah stres sebaliknya menjadi orang yang sentiasa positif. Jelaslah, amalan gaya hidup sihat sangat penting kepada kita semua. Oleh itu, mulakanlah langkah pertama deng...
Ulasan UPSR - Aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat,
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat. · Berjoging · Tidur awal · Membuat pemeriksaan kesihatan · Makan makanan seimbang · Bersembahyang Kehidupan yang sihat dan bahagia menjadi impian setiap orang. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat menyumbang kepada kehidupan yang sihat. Pertama, kita perlulah berjoging dan beriadah setiap hari untuk kesihatan fizikal dan mental. Selain itu, kita perlulah tidur awal supaya badan berasa segar dan bertenaga. Kita juga harus membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sebarang penyakit. Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat. Akhir sekali, selalulah bersembahyang dan berdoa untuk mendapat ketenangan rohani. Kesimpulannya, lakukanlah aktiviti yang meny...
Cadangan penambaikan pusat sumber sekolah
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Baru-baru ini anda menerima sepucuk surat daripada sahabat anda. Dia menceritakan perihal pusat sumber sekolahnya yang serba kekurangan. Dia turut meminta pendapat anda untuk mengatasinya. Balas surat sahabat anda itu dengan memberikan beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut. Rangka 1. Pengenalan 2. Tulis surat kepada guru besar 3. Kutip derma 4. Adakan hari pusat sumber 5. Merayu di media sosial 6. PHD ...
Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Hijau”. Lirik tersebut menggambarkan pencemaran alam sekitar. Kerakusan manusia hari ini telah menyebabkan alam sekitar semakin terancam. Berdasarkan lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah memelihara kebersihan sungai. ------------------------------------------------------------------------------------------- Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai. Rangka. 1. Intro 2. Didikan 3. Kempen 4. Undang-undang 5. Hukuman 6. JO Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai semakin tercemar. Justeru, pelbagai langkah perlulah diambil segera untuk mengatasinya. Langkah paling ampuh adalah dengan mendidik ka...
Cerita- Budi rakan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh kubayar, Hutang budi kubawa ke mati. Berdasarkan maksud pantun di atas, tuliskan cerita yang berkait dengan budi atau jasa seseorang kepada kamu. Namaku Nur Badariah Binti Badaruddin. Namun, fizikalku yang gempal dan boyot menyebabkan rakan-rakanku enggan berkawan denganku. Malah, mereka menggelar aku Badak. Aku sangat sedih. Pada suatu hari, aku disapa oleh seorang murid baharu yang cantik lagi sopan. Namanya Dafinah. Dia bertanya namaku dan mengajak aku makan bersamanya. Aku sangat gembira. Sejak itu, kami berkawan baik. Dafinah menjadi tempat aku berkongsi suka duka. Setiap kali aku dikutuk, dia akan membelaku. Dia sering memberi kata-kata semangat agar aku terus sabar dan tabah. Setiap petang, Dafinah menemani aku berjoging di taman. Dia turut menyediakan jadual diet untuk aku. Dia juga memotivasikan aku untuk kelihatan...
KARANGAN UPSR - UCAPAN YANG BERTAJUK "KEPENTINGAN SUKAN"
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk, “Kepentingan Sukan”. Hadirin sekalian, Sukan sangat penting kerana dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda. Apabila bersukan, badan kita akan berpeluh dan darah mengalir dengan lancar. Secara tidak langsung, kita juga terhindar daripada penyakit. Selain itu, sukan seperti permainan bola sepak dapat dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat. Ini kerana semasa bersukan, kita bekerjasama untuk menang tanpa mengira perbezaan kaum atau agama. Selanjutnya, sukan sangat penting kerana dapat memperkenalkan ...