Catatan

Kisah monyet dan buaya

Kisah monyet dan buaya Di tepi sebuah tasik, ada sepohon pokok.  Di atas pokok itu tinggal seekor monyet.  Monyet itu selalu makan buah-buahan yang masak ranum dan manis.  Buah-buah yang muda dan masam, dicampakkannya ke dalam tasik.  Di dalam tasik itu pula, ada seekor buaya.  Buaya itu tidak suka akan monyet.  Buaya itu marah kerana monyet selalu membaling buah-buah yang masam dan kelat. Pada suatu hari, buaya itu berbaik-baik dengan monyet.  Dia memberitahu monyet bahawa di seberang tasik sana ada banyak pokok rambutan yang sedang masak ranum.  Monyet sangat gembira.  Bagaimanapun, monyet tidak pandai berenang.  Monyet meminta pertolongan buaya. Buaya  pun gembira.  Buaya segera mengajak monyet naik ke atas belakangnya.  Buaya pun membawa monyet ke seberang tasik. Sebaik tiba di tengah tasik, buaya ketawa.  Monyet berasa hairan.  Monyet bertanya sebab buaya ketawa.  Buaya ketawa sambil ...

dubsmash

Imej

KEPENTINGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat patut menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.  Terdapat banyak kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Pertama, kita akan sentiasa gembira dan ceria.  Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan gaya hidup sihat lebih aktif dan hanya melakukan aktiviti yang berfaedah. Kedua, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan mempunyai fizikal yang menarik dan tidak gemuk. Ini kerana kita  makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Selain itu, amalan gaya hidup sihat mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyakit.   Ini kerana orang yang mementingkan kesihatan tidak akan merosakkan diri dengan merokok atau minum arak. Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat membantu kita bahagia berjaya dalam hidup.  Kita juga tidak mudah stres sebaliknya menjadi orang yang sentiasa positif. Jelaslah, amalan gaya hidup sihat sangat penting kepada kita semua.  Oleh itu,  mulakanlah langkah pertama deng...

Ulasan UPSR - Aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat,

Aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kehidupan yang sihat. ·         Berjoging ·         Tidur awal ·         Membuat pemeriksaan kesihatan ·         Makan makanan seimbang ·         Bersembahyang Kehidupan yang sihat dan bahagia menjadi impian setiap orang. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat menyumbang kepada kehidupan yang sihat. Pertama, kita perlulah berjoging dan beriadah setiap hari untuk kesihatan fizikal dan mental.  Selain itu, kita perlulah tidur awal supaya badan berasa segar dan bertenaga.  Kita juga harus membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sebarang penyakit. Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.  Akhir sekali, selalulah bersembahyang dan berdoa untuk mendapat ketenangan rohani. Kesimpulannya, lakukanlah aktiviti yang meny...

Cadangan penambaikan pusat sumber sekolah

Baru-baru ini anda menerima sepucuk surat daripada sahabat anda.  Dia menceritakan perihal pusat sumber sekolahnya yang serba kekurangan.  Dia turut meminta pendapat anda untuk mengatasinya.  Balas surat sahabat anda itu dengan memberikan beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut. Rangka 1.   Pengenalan 2.   Tulis surat kepada guru besar 3.   Kutip derma 4.   Adakan hari pusat sumber 5.   Merayu di media sosial 6.   PHD                                                                                     ...

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Hijau”.  Lirik tersebut menggambarkan pencemaran alam sekitar.  Kerakusan manusia hari ini telah menyebabkan alam sekitar semakin terancam. Berdasarkan lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah memelihara kebersihan  sungai. ------------------------------------------------------------------------------------------- Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai. Rangka. 1.       Intro 2.      Didikan 3.      Kempen 4.      Undang-undang 5.      Hukuman 6.      JO Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai  semakin tercemar. Justeru, pelbagai langkah perlulah diambil segera untuk mengatasinya. Langkah paling ampuh adalah dengan mendidik ka...

Cerita- Budi rakan

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh kubayar, Hutang budi kubawa ke mati. Berdasarkan maksud pantun di atas, tuliskan cerita yang berkait dengan budi atau jasa seseorang kepada kamu.  Namaku Nur Badariah Binti Badaruddin.  Namun, fizikalku yang gempal dan boyot menyebabkan rakan-rakanku enggan berkawan denganku.  Malah, mereka menggelar aku Badak.  Aku sangat sedih. Pada suatu hari, aku disapa oleh seorang murid baharu yang cantik lagi sopan.  Namanya Dafinah.  Dia bertanya namaku dan mengajak aku makan bersamanya.  Aku sangat gembira. Sejak itu, kami berkawan baik.  Dafinah menjadi tempat aku berkongsi suka duka.  Setiap kali aku dikutuk, dia akan membelaku.  Dia sering memberi kata-kata semangat agar aku terus sabar dan tabah. Setiap petang, Dafinah menemani aku berjoging di taman.  Dia turut menyediakan jadual diet untuk aku.  Dia juga memotivasikan aku untuk kelihatan...