Catatan

Tandas Magis

Ayahku masih bercuti.  Jadi hari ini dia berbesar hati untuk membawa kami berjalan-jalan di taman tasik. Kami menikmati pemandangan tasik yang indah lagi mendamaikan.  Sambil berjalan, kami makan aiskrim, jeruk, burger dan segala jenis makanan yang dijual di tepi jalan. Tiba-tiba, perutku memulas.  Nasib baik ada tandas awam kira-kira 100 meter jauhnya.  Aku pun berlari menuju ke tandas itu dengan sekuat-kuat hatiku.  Fokusku hanya satu.  Segala isi perut yang meragam ini perlu dibereskan segera. Malang memang tak berbau.  Setiba dimuka pintu tandas, aku dah rasa nak pitam oleh bau tandas yang begitu hancing lagi haring.   Nampaknya aku perlu menguatkan semangat.  Aku menutup hidung lalu cuba melangkah ke dalamnya.  Namun, apabila aku melihat keadaan dalam tandas itu, mak datuk..aku rasa loya dan hampir termuntah.   Serta merta, rasa sakit perutku hilang. Aku segera keluar dari sana. Huh, memang...

Cannot Stop Smiling

Alhamdulillah, today is Friday.  Hari yang penuh dengan keberkatan. Bagaimanapun, aku sedikit rungsing.  Aku rungsing melihat keadaan abangku. Sejak lepas rehat sampai loceng akhir berbunyi, dia tersengeh-sengeh seorang diri. Memang masalah besar kalau nampak guru disiplin, dia senyum.  Nampak tiang bendera, dia senyum.  Nampak  mak cik kantin sedang bercangkung sambil membasuh pinggan pun dia senyum.  Apakah maknanya?   Adakah dia terkena tulah kerana menumbuk mulut aku sampai berdarah semalam?  Kata orang, kalau berperangai pelik, maknanya orang itu buang tabiat,  mungkin nak mati.  “Oh, tolong jangan mati, abangku!  Sesungguhnya, engkaulah satu-satunya abang kandungku di dunia ini.” Dalam keadaan sedih dan rungsing begitu, aku teringat akan lagu ‘Wonder Pets’, Ada haiwan dalam bahaya, Ada haiwan dalam bahaya di sana. Ini serius, mesti tolong dia.. Jadi, aku pun pergilah siasat.  Aku pasti, kalau ...

Pembantu Rumah Indonesiaku

Hari ini, kami dapat pembantu rumah baru.  Nama dia bibik Yanti.  Yang seronoknya apabila dia bertanyakan nama kami.  Dengan muka serius, aku menyuruh dia memanggil aku Linda manakala abangku Paus.   Bibik itu menunjukkan wajah berkerut tanda memang dia tidak percaya.  Aku pun menerangkan kepadanya bahawa abangku memang suka akan panggilan tersebut sebab kedengaran lebih ganteng. Bibik yang tidak berdosa itu pun terpaksa percaya.  Maklumlah, aku ini bijak berhujah dan berbicara. Kalau sekadar hendak menyakinkan bibik tu, senang kacang.  Padahal, perut aku bagai nak pecah menahan gelak. Selepas menghidangkan makanan, bibik pun memanggil abangku dengan lembut, “Paus,  silakan makan. Bibik sudah hidangkan makanan di atas meja.” Abangku yang sedang asyik membaca komik terus menjerit, “Hoi, kenapa panggil aku Paus? Biadap sungguh kamu ni!”  “Aduh, adik kamu yang bilang tadi kamu suka dipanggil Paus supaya kedeng...

Slipped Disc - Sakit Tulang Belakang

Hari ini aku belajar tentang ‘slipped disc’ atau sakit belakang. Slipped disc ialah kecederaan yang sangat menyakitkan.  Ini berlaku apabila disc yang terletak di antara tulang belakang kita, teralih daripada kedudukan asalnya.  Slipped disc boleh berlaku disebabkan oleh cara duduk yang salah atau berbaring dalam keadaan postur badan yang tak betul atau membongkok terlalu lama atau melakukan perkara yang salah dan tidak bermoral terhadap tulang belakang. Jadi, apabila aku nampak abangku bermain Blackshotnya sambil berbaring selama berjam-jam, aku pun menasihatinya supaya duduk agar tidak terkena slipped disc. Emm, macam biasalah.  Bukannya dia nak dengar nasihat sebaliknya mempersendakan aku dengan soalan-soalan merapunya. “Slipped disc tu apa bendanya? Abang dah lama bermain game sambil berbaring, tak ada apa-apa yang berlaku pun?  Apa buktinya?  Siapa yang kata?  Engkau pandai-pandai buat andaian sendiri agaknya.  Kau nak glamo...

Double Signal

Petang semalam, ayah membawa kami keluar makan-makan.  Tiba-tiba, kereta kami dipotong oleh sebuah kereta Perodua Myvi.  Kereta itu dipandu laju tetapi dipasang double signal. Apabila ayah bertanya siapa yang tahu maksud double signal tersebut, abang segera menjawab.  Katanya, jika signal ke kanan, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kanan.  Jika signal ke kiri, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kiri. Jika double signal, bermakna pemandu itu tidak pasti dia hendak ke mana? Mendengar jawapan abang, kami semua ketawa.  Aku yang terlalu yakin bahawa jawapan abang salah,  mengambil kesempatan untuk ketawa sekuat-kuat hati.  Sengaja nak tunjuk yang dia tu salah dan tak ada pengetahuan am. Aku pun dengan bangga memberitahu bahawa double signal dipasang apabila ada kecemasan, bukan sebab tak tahu nak pergi ke mana. Nak dijadikan cerita, seketika kemudian, kami nampak kereta Myvi yang sama berhenti di bahu jalan.  Ayah pun t...

Silent Treatment

        Hari ini, pagi-pagi lagi mama dah berleter dan membebel.  Semuanya kerana abang yang tak mahu belajar sedangkan peperiksaan akhir tahun sudah hampir.   Sudahlah tak mahu belajar, asyik keluar dengan kawan-kawan.  Malam tadi pun dia balik lewat. Kata mama lagi, budak yang ada dua pusar di kepala macam abang tu memang licik.  Sukar nak dikawal.  Selepas setengah jam mama membebel tak henti-henti, ayah pun bersuara.  Katanya, mama macam radio buruk yang rosak.  Asyik ulang-ulang perkara yang sama.   Kata ayah lagi, dia sudah bosan.  Kalau ada mama, tentu membebel.  Kalau membebel tentu ada mama.  Jadi, ayah beri cadangan supaya mama membuat jadual membebel iaitu sekali seminggu selama setengah jam sahaja.  Tak boleh lebih.  Kurang tak mengapa. Malangnya, pendapat dan cadangan ayah itu membuatkan mama benar-benar jauh hati.  Kata mama, ayah sudah tidak saya...

Petua dan jampi serapah untuk awet muda

Petang tadi, aku pergi ke rumah kawanku, Sarina Sarani.  Apa yang menarik perhatianku ialah seorang wanita yang agak berusia namun amat anggun sekali. Jujur, aku terkejut badak apabila Sarina Sarani membertahuku bahawa wanita tersebut ialah neneknya.  Usia beliau dalam 60 tahun atau lebih tepat 61 tahun 3 bulan 8 hari. Apa? 61 tahun?  Aku ingat awal 40-an.  macam sebaya dengan mama aku je. Apa lagi, aku pun terus menyapa nenek Sarina Sarani lalu mencium tangannya yang lembut bagaikan sutera China. Sambil menayangkan wajah yang paling manis, semanis madu lebah tiruan yang berlambak di pasaran, aku bertanyakan khabarnya.  Kemudian, kami berbual-bual mesra.  Mesra ada makna tu...                 Aku ada misi dan visi untuk mengorek rahsia  awet mudanya.                Petang  itu juga aku dan Sarina Sarani pun mengadaplah ...