Pembantu Rumah Indonesiaku
Hari ini, kami dapat pembantu
rumah baru. Nama dia bibik Yanti. Yang seronoknya apabila dia bertanyakan nama
kami. Dengan muka serius, aku menyuruh
dia memanggil aku Linda manakala abangku Paus.
Bibik itu menunjukkan wajah berkerut tanda memang dia tidak
percaya. Aku pun menerangkan kepadanya
bahawa abangku memang suka akan panggilan tersebut sebab kedengaran lebih ganteng.
Bibik
yang tidak berdosa itu pun terpaksa percaya.
Maklumlah, aku ini bijak berhujah dan berbicara. Kalau sekadar hendak
menyakinkan bibik tu, senang kacang.
Padahal, perut aku bagai nak pecah menahan gelak.
Selepas menghidangkan makanan,
bibik pun memanggil abangku dengan lembut,
“Paus, silakan makan. Bibik sudah hidangkan makanan
di atas meja.”
Abangku yang sedang asyik membaca
komik terus menjerit,
“Hoi, kenapa panggil aku Paus?
Biadap sungguh kamu ni!”
“Aduh, adik kamu yang bilang tadi kamu
suka dipanggil Paus supaya kedengarannya lebih ganteng,” jawab bibik Yanti yang
baru sehari bekerja itu tergigil-gigil.
Lepas tu, nak tahu apa yang berlaku? Malaslah aku nak cerita.
Yang pasti, mulut aku pecah kena buku lima abangku. Nak mengadu
kepada mama, aku tak berani. Memang
salah aku. Padan muka aku. Orang dah
kata, sebab
pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Aduh, bisa sungguh tumbukanmu
wahai Paus! Adakah kau spesies paus
pembunuh?
Ulasan
Catat Ulasan