Cannot Stop Smiling


Alhamdulillah, today is Friday.  Hari yang penuh dengan keberkatan. Bagaimanapun, aku sedikit rungsing.  Aku rungsing melihat keadaan abangku. Sejak lepas rehat sampai loceng akhir berbunyi, dia tersengeh-sengeh seorang diri.

Memang masalah besar kalau nampak guru disiplin, dia senyum.  Nampak tiang bendera, dia senyum.  Nampak  mak cik kantin sedang bercangkung sambil membasuh pinggan pun dia senyum.  Apakah maknanya?  
Adakah dia terkena tulah kerana menumbuk mulut aku sampai berdarah semalam?  Kata orang, kalau berperangai pelik, maknanya orang itu buang tabiat,  mungkin nak mati. 

“Oh, tolong jangan mati, abangku!  Sesungguhnya, engkaulah satu-satunya abang kandungku di dunia ini.”

Dalam keadaan sedih dan rungsing begitu, aku teringat akan lagu ‘Wonder Pets’,

Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya di sana.
Ini serius, mesti tolong dia..

Jadi, aku pun pergilah siasat.  Aku pasti, kalau aku tahu punca kejadiannya, aku pasti dapat membantunya.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya kejadian itu disebabkan dia mendapat sekeping nota daripada seorang budak perempuan. 

Nota itu tertulis, ”Saya suka pandang awak sebab senyuman awak semanis madu!”

Oh, patutlah sampai nampak tandas pun dia senyum!  Agaknya itulah antara sindrom yang sering menimpa lelaki yang kurang kacak.  Apabila dipuji sedikit, bukan sekadar boleh hilang kewarasan,  malah berkemungkinan berlakunya kerosakan di bahagian otak yang mengawal segala otot termasuk otot mulut.  Akibatnya, he really cannot stop smiling.

Haha.. nampak je brutal abangku ini, rupa-rupanya mudah tergoda. 

Apa-apa pun,
BIAR MUDAH TERGODA JANGAN MUDAH TERNODA.  

Alhamdulillah again because today is Friday.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai