Silent Treatment


        Hari ini, pagi-pagi lagi mama dah berleter dan membebel.  Semuanya kerana abang yang tak mahu belajar sedangkan peperiksaan akhir tahun sudah hampir.
 
Sudahlah tak mahu belajar, asyik keluar dengan kawan-kawan.  Malam tadi pun dia balik lewat.

Kata mama lagi, budak yang ada dua pusar di kepala macam abang tu memang licik.  Sukar nak dikawal. 

Selepas setengah jam mama membebel tak henti-henti, ayah pun bersuara.  Katanya, mama macam radio buruk yang rosak.  Asyik ulang-ulang perkara yang sama.
 
Kata ayah lagi, dia sudah bosan.  Kalau ada mama, tentu membebel.  Kalau membebel tentu ada mama.  Jadi, ayah beri cadangan supaya mama membuat jadual membebel iaitu sekali seminggu selama setengah jam sahaja.  Tak boleh lebih.  Kurang tak mengapa.

Malangnya, pendapat dan cadangan ayah itu membuatkan mama benar-benar jauh hati.  Kata mama, ayah sudah tidak sayang dan tidak menghargai dirinya lagi.
 
Mama pun merajuk lalu menghadiahi kami semua  dengan‘silent treatment’. 

Well, like any punishment, silent treatment doesn't teach anything, only causes harm.The silent treatment can be a very destructive behavior when it involves personal relationships. So, I really don't like it.

Rumah ini pun dah jadi macam rumah zombi.  Semua orang diam.  Tak tahu nak cakap apa.  Tak tahu nak marah siapa dan tak tahu nak tanya apa.
 
Akibatnya, bukan setakat ayah, malah aku dan abang turut menjadi mangsa mama yang sudah kehilangan moodnya untuk bercakap.  Apabila mama hilang mood bercakap, sekaligus dia juga akan hilang mood untuk memasak apa lagi bergurau senda, jauh sekali menceriakan suasana. 

Baru kami tahu betapa pentingnya mama dalam keluarga.  Baru tahu sunyinya hidup ini tanpa irama jeritan dan bebelan mama.  Baru tahu tinggi rendahnya langit apabila mama tak ada mood dalam segala hal.


Oh, mama! Teruskanlah bebelan dan leteranmu itu, andai itu membuat dirimu bahagia.

Mamaku tersayang..
Kami merindui senda guraumu…
No silent treatment, please!
Lets cheer up for us..
Lets cheer up for ayah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai