Double Signal



Petang semalam, ayah membawa kami keluar makan-makan.  Tiba-tiba, kereta kami dipotong oleh sebuah kereta Perodua Myvi.  Kereta itu dipandu laju tetapi dipasang double signal.

Apabila ayah bertanya siapa yang tahu maksud double signal tersebut, abang segera menjawab.  Katanya, jika signal ke kanan, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kanan.  Jika signal ke kiri, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kiri. Jika double signal, bermakna pemandu itu tidak pasti dia hendak ke mana?

Mendengar jawapan abang, kami semua ketawa.  Aku yang terlalu yakin bahawa jawapan abang salah,  mengambil kesempatan untuk ketawa sekuat-kuat hati.  Sengaja nak tunjuk yang dia tu salah dan tak ada pengetahuan am.

Aku pun dengan bangga memberitahu bahawa double signal dipasang apabila ada kecemasan, bukan sebab tak tahu nak pergi ke mana.

Nak dijadikan cerita, seketika kemudian, kami nampak kereta Myvi yang sama berhenti di bahu jalan.  Ayah pun turut berhenti lalu bertanya jika pemandu itu memerlukan bantuan.

Kami terkejut besar apabila pemandu itu berkata bahawa dia sebenarnya tidak pasti hendak pergi ke mana sebab dia sudah sesat.  Jadi, dia pun memasang double signal tersebut supaya pemandu lain tidak melanggarnya.

Hah, betul cakap abang!  Macam mana dia tau?  Hai, tidak mungkin abang aku yang poyo ni ada deria keenam.  Mustahil..mustahil..

Apabila aku pandang ke arahnya,  dia pun mulalah angkat kening double jerk.

Aku tahulah dia betul kali ini.  Tetapi janganlah perasan sangat..


Eleh, kebetulan je pun..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai