Catatan

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Hijau”.  Lirik tersebut menggambarkan pencemaran alam sekitar.  Kerakusan manusia hari ini telah menyebabkan alam sekitar semakin terancam. Berdasarkan lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah memelihara kebersihan  sungai. ------------------------------------------------------------------------------------------- Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai. Rangka. 1.       Intro 2.      Didikan 3.      Kempen 4.      Undang-undang 5.      Hukuman 6.      JO Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai  semakin tercemar. Justeru, pelbagai langkah perlulah diambil segera untuk mengatasinya. Langkah paling ampuh adalah dengan mendidik ka...

Cerita- Budi rakan

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh kubayar, Hutang budi kubawa ke mati. Berdasarkan maksud pantun di atas, tuliskan cerita yang berkait dengan budi atau jasa seseorang kepada kamu.  Namaku Nur Badariah Binti Badaruddin.  Namun, fizikalku yang gempal dan boyot menyebabkan rakan-rakanku enggan berkawan denganku.  Malah, mereka menggelar aku Badak.  Aku sangat sedih. Pada suatu hari, aku disapa oleh seorang murid baharu yang cantik lagi sopan.  Namanya Dafinah.  Dia bertanya namaku dan mengajak aku makan bersamanya.  Aku sangat gembira. Sejak itu, kami berkawan baik.  Dafinah menjadi tempat aku berkongsi suka duka.  Setiap kali aku dikutuk, dia akan membelaku.  Dia sering memberi kata-kata semangat agar aku terus sabar dan tabah. Setiap petang, Dafinah menemani aku berjoging di taman.  Dia turut menyediakan jadual diet untuk aku.  Dia juga memotivasikan aku untuk kelihatan...

KARANGAN UPSR - UCAPAN YANG BERTAJUK "KEPENTINGAN SUKAN"

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,  Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.  Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.  Pada hari ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk, “Kepentingan Sukan”. Hadirin sekalian,                     Sukan sangat penting kerana dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.   Apabila bersukan, badan kita akan berpeluh dan darah mengalir dengan lancar.   Secara tidak langsung, kita juga terhindar daripada penyakit.                     Selain itu, sukan seperti permainan bola sepak dapat dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat. Ini kerana semasa bersukan, kita bekerjasama untuk menang tanpa mengira perbezaan kaum atau agama.           Selanjutnya, sukan sangat penting kerana dapat memperkenalkan ...
Bahagian A – Bina 5 ayat tentang cara-cara menjaga kebersihan rumah. 1.      Kita hendaklah menjaga kebersihan halaman rumah agar sentiasa bersih dan ceria. 2.     Kita hendaklah mencuci tandas selepas digunakan agar bersih dan tidak berbau busuk. 3.     Kita perlu menjaga kebersihan dapur agar tidak menjadi tempat pembiakan lipas, cicak dan tikus. 4.     Kita mesti mengemas tempat tidur setiap pagi agar tidak berselerak dan berhabuk. 5.     Kita hendaklah mengikat sampah di dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Bahagian B – Tuliskan ulasan tentang kesan-kesan merokok. ·          menyebabkan ketagihan ·          langkah pertama menjadi penagih dadah ·          membantutkan tumbesaran janin ·          merosakkan...

Karangan upsr -menyambung cerita

Karangan UPSR :  Menyambung cerita. Loceng berbunyi menandakan waktu persekolah telah tamat.  Aku keluar dari kelas lalu bergegas menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba… Sambung karangan anda dengan tiba-tiba… ---------------------------------------------------------------------------------------- Tiba-tiba langkahku terhenti.   Tiga orang pelajar lelaki menahan aku.   Mereka memaksa aku mengikut mereka ke belakang bangunan sekolah. Dari gaya kasar mereka, aku syak mereka bukan budak baik.  Namun aku turutkan sahaja.  Bukan kerana takut tetapi kerana hatiku meronta-ronta ingin tahu apa yang hendak dilakukan oleh kacang hantu itu. Tepat seperti sangkaanku, mereka ialah pembuli.  Mereka telah memeras ugut aku supaya membayar wang perlindungan sebanyak RM10. Apabila aku enggan, salah seorang daripada mereka cuba menumbuk aku.  Sepantas kilat aku menepis tangannya lalu membelasah mereka seorang demi seorang.  Akhirnya, mereka melut...
Laporan Lawatan Ke Muzium Negara. Pada 25 Januari 201__ yang lalu,  Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala Lumpur.  Para peserta terdiri daripada 25 orang ahli persatuan dan empat orang guru penasihat. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kesan-kesan sejarah dan khazanah bangsa.  Selain itu, lawatan ini diharap dapat menambah pengetahuan dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan ahli. Rombongan kami bertolak dari pekarangan sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas.  Semua peserta rombongan kelihatan teruja. Kami tiba di muzium pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh pegawai bertugas, Encik Hadif bin Hisyam .  Beliau membawa kami melihat bahan-bahan sejarah sambil memberi penerangan tentang sistem pemerintahan beraja, peralatan dan senjata tradisional masyarakat Melayu terdahulu. Sebelum pulang, kami bergambar di sekitar muzium sebagai kenang-kenangan.  Rombonga...

KARANGAN SAYA: Bahagian A.Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang ...

KARANGAN SAYA: Bahagian A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang ... : Bahagian A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan. 1.      Aktiviti gotong-royong membersihk...