macam menyesal je..
Sebenarnya, tahun lepas abangku, Si Paus telah belajar di Pusat Tuisyen Pasti Skor. Namun keputusan PMRnya amatlah mengecewakan. Bayangkan, dia hanya berjaya mendapat 1A. Betul-betul buang duit, buang masa dan buang tenaga. Awal tahun ini, mama mendaftarkan abangku di Pusat Tuisyen Klinik Pelajar pula. Hasilnya, buat pertama kali dia berjaya mendapat 100 markah. Itu pun apabila dicampur 3 subjek. (iaitu Matematik 30% + Sejarah 40% + Sains 30%) Entah apalah yang dia belajar di sekolah dan di pusat tuisyen tu. Mungkin dia cuma belajar cara-cara paus bernafas, atau berkomunikasi atau cara berkembang biak di dalam air. Ayah marah-marah. Bagaimanapun, mama yang sentiasa optimis tetap yakin bahawa abang sebenarnya pintar. Cuma abang perlukan cara belajar yang unik lagi eksklusif jika hendak berjaya. Apabila ayah terus merendah-rendahkan kemampuan abang dan mengata abang teruk dan malas berusaha, mama pun segera menjadi pegu...