Hurgh!!! He Is Super Jealous.

 Hari ini hatiku berbunga riang! 

 Nak tahu kenapa dan mengapa? 

   Cikgu Hasymah memuji-muji karanganku yang bertajuk ‘Keindahan Waktu Pagi’.  

    Kata beliau, karanganku sungguh indah.  Seindah waktu pagi yang berseri-seri.  Kemudian, beliau berbesar hati untuk membacakan karanganku di hadapan kelas. 

 Satu kelas gelak mendengar karanganku yang bukan sahaja indah tetapi kelakar gila.

Selepas selesai membacanya, beliau menambah bahawa aku sangat berbakat dan berpotensi untuk menjadi seorang penulis yang paling kreatif di Malaysia.  

Tambah beliau lagi,  hanya orang yang otak gila-gila dapat menulis karangan yang hebat macam itu.

Oh, bangganya hatiku tak dapat digambarkan dengan kata-kata! Aku terpaksa memicit-micit hidungku supaya tidak terlalu kembang!

Aku bimbang juga akan keadaan hidungku yang kembang-kempis, kembang-kempis bagaikan tidak dapat dikawal lagi.

Kalau tidak dapat kembali ke bentuk asal, alamat jadi mawas paling comel pulak aku nanti.   


Terima kasih banyak-banyak Cikgu Hasymah kerana sudi memuji aku. Puji-pujianmu itu, akan aku jadikan peransang untuk terus menulis. 

Aku akan menulis dan terus menulis tanpa jemu, tanpa bosan, dan tanpa alasan.

Masa dalam kereta pulang dari sekolah tadi, aku pun tak menyempat-nyempat nak beritahu mama yang cikgu mengatakan aku ada bakat jadi penulis paling kreatif.  Aku excited gila!

Malangnya, belum sempat mama komen apa-apa, Si Paus kat sebelah terus dengan selambanya menyampuk,

 "Good job, I'm super jealous.  So, you can keep quiet now!"

Hurgh!!! Memang dasar cemburu, tak boleh tengok orang senang. 

Setiap kali aku berasa excited, Si Paus tu pasti akan buat aku broken hearted.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai