Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang



Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Hijau”.  Lirik tersebut menggambarkan pencemaran alam sekitar.  Kerakusan manusia hari ini telah menyebabkan alam sekitar semakin terancam.
Berdasarkan lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah memelihara kebersihan  sungai.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai.
Rangka.
1.      Intro
2.     Didikan
3.     Kempen
4.     Undang-undang
5.     Hukuman
6.     JO




Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai  semakin tercemar. Justeru, pelbagai langkah perlulah diambil segera untuk mengatasinya.
Langkah paling ampuh adalah dengan mendidik kanak-kanak supaya mencintai alam sekitar termasuk sungai.  Guru-guru dan ibu bapa hendaklah menanam sikap tanggungjawab ini sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen sayangi sungai sambil mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.  Dengan ini, sungai akan sentiasa bersih, jernih dan dapat mengalir dengan baik.
Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang supaya semua air kumbahan dirawat dan bahan kimia ditapis sebelum disalirkan ke sungai.  Ini penting supaya hidupan akuatik tidak terancam.
Seterusnya kerajaan hendaklah tegas dengan mengenakan hukuman berat terhadap individu yang mencemarkan sungai.  Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai hendaklah dihentikan segera.
Jelaslah, terdapat banyak cara untuk memelihara kebersihan sungai.  Oleh itu, marilah kita bersama-sama memelihara khazanah alam ini.


Bahagian A (Memindahkan maklumat)
Tuliskan kata tanya yang digunakan untuk menyambung ayat-ayat berikut.
Aktiviti masa lapang
1.     Kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain gasing bersama-sama rakan. (siapa)
2.    Bermain congkak dapat menghiburkan hati di samping mencerdaskan minda.
(                   )
3.    Permainan sepak raga bulatan menguji kebolehan kita menimbang dan mengawal bola.  (                      )
4.    Permainan catur memerlukan strategi yang bijak supaya mudah mengalahkan lawan. (                 )
5.    Kita dapat bermain layang-layang di padang sambil merehatkan minda.
(                    )

Cara-cara menjadi murid cemerlang
6.    Kita mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. (            )
7.    Kita juga boleh belajar dengan cara berbincang sesama rakan.(            )
8.    Amalan gemar berkunjung ke pusat sumber mestilah menjadi amalan murid-murid.(                         )
9.    Murid-murid perlu aktif dalam sukan supaya sentiasa sihat dan cerdas.(              )
10.  Tekun dan selalu mengulang kaji pelajaran dapat menjamin kecemerlangan.(         )

Sambutan Hari  Kemerdekaan
11.   Jalur Gemilang dikibarkan di merata tempat untuk menaikkan semangat rakyat.
 (                     )
12.  Sekolah mengadakan pertandingan melukis poster bertemakan Hari Kemerdekaan. (               )
13.  Murid-murid tidak ketinggalan menggantungkan Jalur Gemilang di dalam kelas.      (                           )
14.  Murid-murid menampal gambar para pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara.(             )
15.  Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.(           )


Ulasan

  1. Boleh ke saya guna nota ini utk kerja sekolah saya

    BalasPadam
  2. Thank you it's help me to do my homework

    BalasPadam
  3. thank you so much for this

    BalasPadam
  4. Thank you so much for this.... This was help me to do my homework.... This is also help me to write some notes.... Tq😊🥰

    BalasPadam
  5. Oooo begitu menjaga kebersihan sungai😅😅

    BalasPadam
  6. Thank you so much for writting because it already provides a reference 🌸

    BalasPadam
  7. Thank you .This is really helpful to do my homework.Thank you so much.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini