Langkah-langkah memelihara kebersihan sungai
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Rangkap
di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Hijau”. Lirik tersebut menggambarkan pencemaran alam
sekitar. Kerakusan manusia hari ini
telah menyebabkan alam sekitar semakin terancam.
Berdasarkan
lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah memelihara
kebersihan sungai.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Langkah-langkah
memelihara kebersihan sungai.
Rangka.
1. Intro
2. Didikan
3. Kempen
4. Undang-undang
5. Hukuman
6. JO
Dewasa
ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai semakin tercemar. Justeru, pelbagai langkah
perlulah diambil segera untuk mengatasinya.
Langkah paling ampuh adalah dengan mendidik
kanak-kanak supaya mencintai alam sekitar termasuk sungai. Guru-guru dan ibu bapa hendaklah menanam
sikap tanggungjawab ini sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah
mengadakan kempen sayangi sungai sambil mendidik masyarakat agar tidak membuang
sampah ke dalam sungai. Dengan ini,
sungai akan sentiasa bersih, jernih dan dapat mengalir dengan baik.
Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang
supaya semua air kumbahan dirawat dan bahan kimia ditapis sebelum disalirkan ke
sungai. Ini penting supaya hidupan
akuatik tidak terancam.
Seterusnya kerajaan hendaklah tegas dengan
mengenakan hukuman berat terhadap individu yang mencemarkan sungai. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
hendaklah dihentikan segera.
Jelaslah, terdapat banyak cara untuk
memelihara kebersihan sungai. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama memelihara khazanah alam ini.
Bahagian
A (Memindahkan maklumat)
Tuliskan
kata tanya yang digunakan untuk menyambung ayat-ayat berikut.
Aktiviti
masa lapang
1.
Kita
dapat mengisi masa lapang dengan bermain gasing bersama-sama rakan.
(siapa)
2.
Bermain
congkak dapat menghiburkan hati di samping mencerdaskan minda.
( )
3.
Permainan
sepak raga bulatan menguji kebolehan kita menimbang dan mengawal bola. ( )
4.
Permainan
catur memerlukan strategi yang bijak supaya mudah mengalahkan lawan.
( )
5.
Kita
dapat bermain layang-layang di padang sambil merehatkan minda.
( )
Cara-cara
menjadi murid cemerlang
6.
Kita
mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. ( )
7.
Kita
juga boleh belajar dengan cara berbincang sesama rakan.( )
8.
Amalan
gemar berkunjung ke pusat sumber mestilah menjadi amalan murid-murid.( )
9.
Murid-murid
perlu aktif dalam sukan supaya sentiasa sihat dan cerdas.( )
10. Tekun dan selalu mengulang kaji pelajaran dapat
menjamin kecemerlangan.( )
Sambutan
Hari Kemerdekaan
11.
Jalur
Gemilang dikibarkan di merata tempat untuk menaikkan semangat rakyat.
( )
12. Sekolah mengadakan pertandingan melukis
poster bertemakan Hari Kemerdekaan. ( )
13. Murid-murid tidak ketinggalan menggantungkan
Jalur Gemilang di dalam kelas.
( )
14. Murid-murid menampal gambar para pemimpin yang
telah banyak berjasa kepada negara.( )
15. Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang semasa
menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.( )
Boleh ke saya guna nota ini utk kerja sekolah saya
BalasPadamSaya pon guna
PadamAssalamualaikum
BalasPadamWalaikummusallan
PadamThank you it's help me to do my homework
BalasPadamWAALAIKUMSALAM
BalasPadamthank you so much for this
BalasPadamTerima kasih😊
BalasPadamtak okey
BalasPadambetui2
PadamThank you so much for this.... This was help me to do my homework.... This is also help me to write some notes.... Tq😊🥰
BalasPadamYep! thanks ����
PadamK
BalasPadamK
PadamOooo begitu menjaga kebersihan sungai😅😅
BalasPadamThank you so much for writting because it already provides a reference 🌸
BalasPadamtysm
BalasPadamThank you .This is really helpful to do my homework.Thank you so much.
BalasPadam