Catatan

Aktiviti Tanpa Gadget

Hari ini hari keluargaku.  Ayah dan mama telah merancang pelbagai aktiviti menarik.  Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan membawa gadget masing-masing.  Kata ayah, dia mahu kami merasai keseronokan bermesra bersama keluarga.   Aku dan mama tak ada masalah.  Namun abangku jelas tak puas hati dengan syarat tersebut.  Kononnya, dia gamer kental.  Tak mugkin dapat dipisahkan dengan laptop mahupun telefon pintarnya.   Aku tahu dia tak puas hati.  Ayah dan mama pun tahu.  Tapi, ada kami kisah?  Asyik nak ikut cara dia.  Kalau betul tak apa.  Ini tak, bergadget sampai lupa akan matlamat hidup. Alkisahnya, hari ini pagi-pagi lagi kami sudah keluar.  Dengan menaiki MPV, kami menuju ke pantai Port Dikson.  Di sana, kami lumba berenang sambil menyelam.  Selepas itu, kami bermain pasir macam kanak-kanak.  Aku tergelak besar melihat abangku jatuh terkangkang semasa mengejar anak ketam.   Apabila lap...

How To Be Popular

Petang tadi, aku melayari satu blog.  Tajuknya, ‘ How To Be Popular’.  Emm, memang menarik.  Bagaimanakah rasanya menjadi orang popular ya? Sedang aku asyik menelaah cara-cara dan kaedah untuk popular, datang Si Paus Pengacau tu entah dari planet mana.  Datang-datang je, terus dia sergah aku dari belakang.  Siapa tak terkejut? Badak pun boleh pengsan dengar suara dia yang garau semacam tu.  Nasib baik aku yang hebat ni masih dapat mengekalkan ciri-ciri gadis Melayu sejati.  Jadi, tak adalah sampai aku nak terkejut dan melatah macam kera kena belacan. “Woi, kau nak jadi  popular pulak ke! Hwa..ha..ha..ha..  gelinya hati aku.  Geli lagilah hati kambing kalau diketahuinya kau ada hati nak popular,” ejek abangku sambil gelak dan menekan-nekan perutnya.  Kononnya kelakarlah sangat.  Ee.. geramnya aku.  Kalaulah aku ada ‘magic wand’, aku dah sangkutkan dia di atas pokok durian.  Haha..tentu menarik kalau dapat ...

macam menyesal je..

Sebenarnya, tahun lepas abangku, Si Paus telah belajar di Pusat Tuisyen Pasti Skor.  Namun keputusan PMRnya amatlah mengecewakan.  Bayangkan, dia hanya berjaya mendapat 1A.  Betul-betul buang duit, buang masa dan buang tenaga. Awal tahun ini, mama mendaftarkan abangku di Pusat Tuisyen Klinik Pelajar pula.  Hasilnya, buat pertama kali dia berjaya mendapat 100 markah.  Itu pun apabila dicampur 3 subjek. (iaitu Matematik 30% + Sejarah 40% + Sains 30%) Entah apalah yang dia belajar di sekolah dan di pusat tuisyen tu.  Mungkin dia cuma belajar cara-cara paus bernafas, atau berkomunikasi atau cara berkembang biak di dalam air. Ayah marah-marah.  Bagaimanapun, mama yang sentiasa optimis tetap yakin bahawa abang sebenarnya pintar.  Cuma abang perlukan cara belajar yang unik lagi eksklusif jika hendak berjaya. Apabila ayah terus merendah-rendahkan kemampuan abang dan mengata abang teruk dan malas berusaha, mama pun segera menjadi pegu...

Don't Trouble The Trouble

Alkisahnya, hari ini ialah hari akhir persekolahan untuk tahun ini.  Semua murid menunjukkan wajah yang ceria tak terkata. Murid-murid memang ikhlas memaparkan wajah gembira kerana tak perlu ke sekolah selama sebualan setengah. Bagaimanapun, aku tengok guru-guru berusaha keras untuk mempamerkan wajah serius kononnya tak hairan dengan cuti yang datang silih berganti.  Terjerit-jeritlah sang guru menyuruh murid-murid jangan terlalu suka kerana suka boleh membawa duka. Maka, kawalan wajah amat penting supaya tidak nampak sangat yang guru-guru lebih teruja daripada anak-anak murid untuk pulang bercuti. Yalah, tentulah tak logik kalau murid-murid sekadar bersorak manakala guru-guru melompat-lompat sampai ke siling setiap kali cuti panjang. Namun, pecah juga rahsia cikgu-cikgu tersayangku semasa aku mencari cikgu Hasyimah di bilik guru.  Riuh rendah bilik guru mengalahkan bilik kelas paling belakang masa ketiadaan cikgu.  Masing-masing seronok saka...

Kaki Gaduh Kena Debik

Hari ini , pagi-pagi lagi abangku bergaduh di sekolah.  Asal ceritanya, adalah seorang budak baru masuk ke kelas tu.  Budak baru ni dengar ceritanya memang kaki gaduh.  Baru sebulan kat sekolah ni, dia dah cari fasal dengan lima orang murid.      Hari ini, budak yang namanya aku memang tak tahu dan tak minat nak tahu pun, cuba mengopak pintu bilik Tingkatan 4 Hijau.  Abang aku pun tegurlah dia supaya jangan tunjuk samseng dengan pintu.  Kalau nak tunjuk samseng pun biarlah dengan lawan yang sepadan.  Kesian pintu yang tak berdosa tu.      Budak yang besar kepala dan perasan bagus tu pun segera naik angin.  Dia ambil sebatang kayu lalu memukul abang.  Abang menepis.         Budak tersebut perasan dia kuat sangat semata-mata berdasarkan faktor 3Gnya (iaitu gebu,gemuk dan gempal) daripada abang yang 3K (iaitu kurus, kering dan kedengkik).  Alkisahnya, buda...

Cinta Monyet, Cinta Anjing

Semalam dan kelmarin aku mengikuti rombongan sekolah ke Gua Tempurung yang terletak di Perak.  Memang seronok habis. Semua aktiviti yang dirancang amat menarik.  Yang tidak menariknya semasa di dalam bas tersebut, ada seorang budak hingusan yang buat lawak dengan menyelitkan sepucuk surat cinta ke dalam kocekku.  Ha..ha..lucunya. Aduhai, umur baru setahun jagung, sudah dilanda penyakit gatal-gatal dan miang-miang!  Inilah generasi Al Bebal@Al Bahlul. Sekolah pun belum habis, sudah ada hati hendak bermain api.  Selisih malaikat empat puluh empat.  Semoga penyakit yang sejenis dengan kudis dan kayap ini tidak menjangkitiku.  Tak rela you ! Baiklah, nampaknya aku yang hebat ini terpaksalah memberi ceramah.  Ceramah berkaitan cinta. Tuan-tuan dan puan-puan, adalah dimaklumkan bahawa bercinta di alam persekolahan memang tidak matang, tidak cool lagi tidak hebat langsung.  Malah, layak dikatakan mendatangkan aib seumpama...

Fesyen Rambut Yang Kelakar Gila

Kelas pertama hari ini ialah subjek Sains.  Dahulu, subjek sains ialah subjek kesukaanku.  Namun, sejak Cikgu Bedal menjadi guru Sains, kecintaanku terhadap subjek itu lenyap sama sekali. Cikgu ini memang jelas bosan dengan kerjayanya.      Bayangkan setiap kali masuk ke kelas, dia akan menyuruh kami sama ada buat kerja sendiri kerana beliau pening kepala atau dia akan menyuruh kami berdiri lalu membaca buku teks seorang demi seorang. Selain itu, kami juga diperintahkan agar menyalin gambar-gambar radas. Maka, penuhlah buku sains kami dengan gambar radas. Aku berharap agar cikgu yang tidak berdedikasi ini akan segera ditukarkan ke kutub utara atau kutub selatan.  Biar dia jadi cikgu kepada penguin atau beruang polar.  Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.   Selepas 80 minit,  berlalulah waktu sains yang membuatkan aku hampir mati kerana kebosanan.   Masa ketiga ialah Bahasa Malaysia.  Cik...