Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

How To Be Popular

Petang tadi, aku melayari satu blog.  Tajuknya, ‘ How To Be Popular’.  Emm, memang menarik.  Bagaimanakah rasanya menjadi orang popular ya? Sedang aku asyik menelaah cara-cara dan kaedah untuk popular, datang Si Paus Pengacau tu entah dari planet mana.  Datang-datang je, terus dia sergah aku dari belakang.  Siapa tak terkejut? Badak pun boleh pengsan dengar suara dia yang garau semacam tu.  Nasib baik aku yang hebat ni masih dapat mengekalkan ciri-ciri gadis Melayu sejati.  Jadi, tak adalah sampai aku nak terkejut dan melatah macam kera kena belacan. “Woi, kau nak jadi  popular pulak ke! Hwa..ha..ha..ha..  gelinya hati aku.  Geli lagilah hati kambing kalau diketahuinya kau ada hati nak popular,” ejek abangku sambil gelak dan menekan-nekan perutnya.  Kononnya kelakarlah sangat.  Ee.. geramnya aku.  Kalaulah aku ada ‘magic wand’, aku dah sangkutkan dia di atas pokok durian.  Haha..tentu menarik kalau dapat ...

macam menyesal je..

Sebenarnya, tahun lepas abangku, Si Paus telah belajar di Pusat Tuisyen Pasti Skor.  Namun keputusan PMRnya amatlah mengecewakan.  Bayangkan, dia hanya berjaya mendapat 1A.  Betul-betul buang duit, buang masa dan buang tenaga. Awal tahun ini, mama mendaftarkan abangku di Pusat Tuisyen Klinik Pelajar pula.  Hasilnya, buat pertama kali dia berjaya mendapat 100 markah.  Itu pun apabila dicampur 3 subjek. (iaitu Matematik 30% + Sejarah 40% + Sains 30%) Entah apalah yang dia belajar di sekolah dan di pusat tuisyen tu.  Mungkin dia cuma belajar cara-cara paus bernafas, atau berkomunikasi atau cara berkembang biak di dalam air. Ayah marah-marah.  Bagaimanapun, mama yang sentiasa optimis tetap yakin bahawa abang sebenarnya pintar.  Cuma abang perlukan cara belajar yang unik lagi eksklusif jika hendak berjaya. Apabila ayah terus merendah-rendahkan kemampuan abang dan mengata abang teruk dan malas berusaha, mama pun segera menjadi pegu...

Don't Trouble The Trouble

Alkisahnya, hari ini ialah hari akhir persekolahan untuk tahun ini.  Semua murid menunjukkan wajah yang ceria tak terkata. Murid-murid memang ikhlas memaparkan wajah gembira kerana tak perlu ke sekolah selama sebualan setengah. Bagaimanapun, aku tengok guru-guru berusaha keras untuk mempamerkan wajah serius kononnya tak hairan dengan cuti yang datang silih berganti.  Terjerit-jeritlah sang guru menyuruh murid-murid jangan terlalu suka kerana suka boleh membawa duka. Maka, kawalan wajah amat penting supaya tidak nampak sangat yang guru-guru lebih teruja daripada anak-anak murid untuk pulang bercuti. Yalah, tentulah tak logik kalau murid-murid sekadar bersorak manakala guru-guru melompat-lompat sampai ke siling setiap kali cuti panjang. Namun, pecah juga rahsia cikgu-cikgu tersayangku semasa aku mencari cikgu Hasyimah di bilik guru.  Riuh rendah bilik guru mengalahkan bilik kelas paling belakang masa ketiadaan cikgu.  Masing-masing seronok saka...

Kaki Gaduh Kena Debik

Hari ini , pagi-pagi lagi abangku bergaduh di sekolah.  Asal ceritanya, adalah seorang budak baru masuk ke kelas tu.  Budak baru ni dengar ceritanya memang kaki gaduh.  Baru sebulan kat sekolah ni, dia dah cari fasal dengan lima orang murid.      Hari ini, budak yang namanya aku memang tak tahu dan tak minat nak tahu pun, cuba mengopak pintu bilik Tingkatan 4 Hijau.  Abang aku pun tegurlah dia supaya jangan tunjuk samseng dengan pintu.  Kalau nak tunjuk samseng pun biarlah dengan lawan yang sepadan.  Kesian pintu yang tak berdosa tu.      Budak yang besar kepala dan perasan bagus tu pun segera naik angin.  Dia ambil sebatang kayu lalu memukul abang.  Abang menepis.         Budak tersebut perasan dia kuat sangat semata-mata berdasarkan faktor 3Gnya (iaitu gebu,gemuk dan gempal) daripada abang yang 3K (iaitu kurus, kering dan kedengkik).  Alkisahnya, buda...

Cinta Monyet, Cinta Anjing

Semalam dan kelmarin aku mengikuti rombongan sekolah ke Gua Tempurung yang terletak di Perak.  Memang seronok habis. Semua aktiviti yang dirancang amat menarik.  Yang tidak menariknya semasa di dalam bas tersebut, ada seorang budak hingusan yang buat lawak dengan menyelitkan sepucuk surat cinta ke dalam kocekku.  Ha..ha..lucunya. Aduhai, umur baru setahun jagung, sudah dilanda penyakit gatal-gatal dan miang-miang!  Inilah generasi Al Bebal@Al Bahlul. Sekolah pun belum habis, sudah ada hati hendak bermain api.  Selisih malaikat empat puluh empat.  Semoga penyakit yang sejenis dengan kudis dan kayap ini tidak menjangkitiku.  Tak rela you ! Baiklah, nampaknya aku yang hebat ini terpaksalah memberi ceramah.  Ceramah berkaitan cinta. Tuan-tuan dan puan-puan, adalah dimaklumkan bahawa bercinta di alam persekolahan memang tidak matang, tidak cool lagi tidak hebat langsung.  Malah, layak dikatakan mendatangkan aib seumpama...

Fesyen Rambut Yang Kelakar Gila

Kelas pertama hari ini ialah subjek Sains.  Dahulu, subjek sains ialah subjek kesukaanku.  Namun, sejak Cikgu Bedal menjadi guru Sains, kecintaanku terhadap subjek itu lenyap sama sekali. Cikgu ini memang jelas bosan dengan kerjayanya.      Bayangkan setiap kali masuk ke kelas, dia akan menyuruh kami sama ada buat kerja sendiri kerana beliau pening kepala atau dia akan menyuruh kami berdiri lalu membaca buku teks seorang demi seorang. Selain itu, kami juga diperintahkan agar menyalin gambar-gambar radas. Maka, penuhlah buku sains kami dengan gambar radas. Aku berharap agar cikgu yang tidak berdedikasi ini akan segera ditukarkan ke kutub utara atau kutub selatan.  Biar dia jadi cikgu kepada penguin atau beruang polar.  Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.   Selepas 80 minit,  berlalulah waktu sains yang membuatkan aku hampir mati kerana kebosanan.   Masa ketiga ialah Bahasa Malaysia.  Cik...

Hurgh!!! He Is Super Jealous.

 Hari ini hatiku berbunga riang!   Nak tahu kenapa dan  mengapa?     Cikgu Hasymah memuji-muji karanganku yang bertajuk ‘Keindahan Waktu Pagi’.       Kata beliau, karanganku sungguh indah.  Seindah waktu pagi yang berseri-seri.  Kemudian, beliau berbesar hati untuk membacakan karanganku di hadapan kelas.   Satu kelas gelak mendengar karanganku yang bukan sahaja indah tetapi kelakar gila. Selepas selesai membacanya, beliau menambah bahawa aku sangat berbakat dan berpotensi untuk menjadi seorang penulis yang paling kreatif di Malaysia.   Tambah beliau lagi,  hanya orang yang otak gila-gila dapat menulis karangan yang hebat macam itu. Oh, bangganya hatiku tak dapat digambarkan dengan kata-kata! Aku terpaksa memicit-micit hidungku supaya tidak terlalu kembang! Aku bimbang juga akan keadaan hidungku yang kembang-kempis, kembang-kempis bagaikan tidak dapat dikawal lagi. ...

Diari Berdarah

Hari ini aku kena marah teruk dengan mama.  Semuanya kerana mama terdengar aku memanggil abangku ‘Paus’! Mama membebel hampir setengah jam.       Kata mamaku, dalam apa keadaan sekalipun, aku sebagai adik harus dan wajib menghormati abang sendiri.  Bukan sebaliknya, memanggil abang dengan nama binatang seperti ‘Paus’ atau ‘buntal’ atau ‘keli’.      Maka, kembang kempislah hidung abangku, Si Paus itu dek kerana aku ialah seorang adik yang wajib menghormatinya.      Ah, apapun aku tetap akan memanggilnya ‘Paus’ selagi dia tidak berhenti membuli aku!  Ini kerana aku ialah insan hebat dan mempunyai harga diri yang tinggi.  Mana boleh kena buli sesuka hati.      Bagaimanapun, aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi seandainya Paus terbaca diariku ini.  Alamat perang dunia ke-3 akan meletus.      Bagaimanapun, aku tidaklah perlu risau...

Tandas Magis

Ayahku masih bercuti.  Jadi hari ini dia berbesar hati untuk membawa kami berjalan-jalan di taman tasik. Kami menikmati pemandangan tasik yang indah lagi mendamaikan.  Sambil berjalan, kami makan aiskrim, jeruk, burger dan segala jenis makanan yang dijual di tepi jalan. Tiba-tiba, perutku memulas.  Nasib baik ada tandas awam kira-kira 100 meter jauhnya.  Aku pun berlari menuju ke tandas itu dengan sekuat-kuat hatiku.  Fokusku hanya satu.  Segala isi perut yang meragam ini perlu dibereskan segera. Malang memang tak berbau.  Setiba dimuka pintu tandas, aku dah rasa nak pitam oleh bau tandas yang begitu hancing lagi haring.   Nampaknya aku perlu menguatkan semangat.  Aku menutup hidung lalu cuba melangkah ke dalamnya.  Namun, apabila aku melihat keadaan dalam tandas itu, mak datuk..aku rasa loya dan hampir termuntah.   Serta merta, rasa sakit perutku hilang. Aku segera keluar dari sana. Huh, memang...

Cannot Stop Smiling

Alhamdulillah, today is Friday.  Hari yang penuh dengan keberkatan. Bagaimanapun, aku sedikit rungsing.  Aku rungsing melihat keadaan abangku. Sejak lepas rehat sampai loceng akhir berbunyi, dia tersengeh-sengeh seorang diri. Memang masalah besar kalau nampak guru disiplin, dia senyum.  Nampak tiang bendera, dia senyum.  Nampak  mak cik kantin sedang bercangkung sambil membasuh pinggan pun dia senyum.  Apakah maknanya?   Adakah dia terkena tulah kerana menumbuk mulut aku sampai berdarah semalam?  Kata orang, kalau berperangai pelik, maknanya orang itu buang tabiat,  mungkin nak mati.  “Oh, tolong jangan mati, abangku!  Sesungguhnya, engkaulah satu-satunya abang kandungku di dunia ini.” Dalam keadaan sedih dan rungsing begitu, aku teringat akan lagu ‘Wonder Pets’, Ada haiwan dalam bahaya, Ada haiwan dalam bahaya di sana. Ini serius, mesti tolong dia.. Jadi, aku pun pergilah siasat.  Aku pasti, kalau ...

Pembantu Rumah Indonesiaku

Hari ini, kami dapat pembantu rumah baru.  Nama dia bibik Yanti.  Yang seronoknya apabila dia bertanyakan nama kami.  Dengan muka serius, aku menyuruh dia memanggil aku Linda manakala abangku Paus.   Bibik itu menunjukkan wajah berkerut tanda memang dia tidak percaya.  Aku pun menerangkan kepadanya bahawa abangku memang suka akan panggilan tersebut sebab kedengaran lebih ganteng. Bibik yang tidak berdosa itu pun terpaksa percaya.  Maklumlah, aku ini bijak berhujah dan berbicara. Kalau sekadar hendak menyakinkan bibik tu, senang kacang.  Padahal, perut aku bagai nak pecah menahan gelak. Selepas menghidangkan makanan, bibik pun memanggil abangku dengan lembut, “Paus,  silakan makan. Bibik sudah hidangkan makanan di atas meja.” Abangku yang sedang asyik membaca komik terus menjerit, “Hoi, kenapa panggil aku Paus? Biadap sungguh kamu ni!”  “Aduh, adik kamu yang bilang tadi kamu suka dipanggil Paus supaya kedeng...

Slipped Disc - Sakit Tulang Belakang

Hari ini aku belajar tentang ‘slipped disc’ atau sakit belakang. Slipped disc ialah kecederaan yang sangat menyakitkan.  Ini berlaku apabila disc yang terletak di antara tulang belakang kita, teralih daripada kedudukan asalnya.  Slipped disc boleh berlaku disebabkan oleh cara duduk yang salah atau berbaring dalam keadaan postur badan yang tak betul atau membongkok terlalu lama atau melakukan perkara yang salah dan tidak bermoral terhadap tulang belakang. Jadi, apabila aku nampak abangku bermain Blackshotnya sambil berbaring selama berjam-jam, aku pun menasihatinya supaya duduk agar tidak terkena slipped disc. Emm, macam biasalah.  Bukannya dia nak dengar nasihat sebaliknya mempersendakan aku dengan soalan-soalan merapunya. “Slipped disc tu apa bendanya? Abang dah lama bermain game sambil berbaring, tak ada apa-apa yang berlaku pun?  Apa buktinya?  Siapa yang kata?  Engkau pandai-pandai buat andaian sendiri agaknya.  Kau nak glamo...

Double Signal

Petang semalam, ayah membawa kami keluar makan-makan.  Tiba-tiba, kereta kami dipotong oleh sebuah kereta Perodua Myvi.  Kereta itu dipandu laju tetapi dipasang double signal. Apabila ayah bertanya siapa yang tahu maksud double signal tersebut, abang segera menjawab.  Katanya, jika signal ke kanan, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kanan.  Jika signal ke kiri, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kiri. Jika double signal, bermakna pemandu itu tidak pasti dia hendak ke mana? Mendengar jawapan abang, kami semua ketawa.  Aku yang terlalu yakin bahawa jawapan abang salah,  mengambil kesempatan untuk ketawa sekuat-kuat hati.  Sengaja nak tunjuk yang dia tu salah dan tak ada pengetahuan am. Aku pun dengan bangga memberitahu bahawa double signal dipasang apabila ada kecemasan, bukan sebab tak tahu nak pergi ke mana. Nak dijadikan cerita, seketika kemudian, kami nampak kereta Myvi yang sama berhenti di bahu jalan.  Ayah pun t...