Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Tandas Magis

Ayahku masih bercuti.  Jadi hari ini dia berbesar hati untuk membawa kami berjalan-jalan di taman tasik. Kami menikmati pemandangan tasik yang indah lagi mendamaikan.  Sambil berjalan, kami makan aiskrim, jeruk, burger dan segala jenis makanan yang dijual di tepi jalan. Tiba-tiba, perutku memulas.  Nasib baik ada tandas awam kira-kira 100 meter jauhnya.  Aku pun berlari menuju ke tandas itu dengan sekuat-kuat hatiku.  Fokusku hanya satu.  Segala isi perut yang meragam ini perlu dibereskan segera. Malang memang tak berbau.  Setiba dimuka pintu tandas, aku dah rasa nak pitam oleh bau tandas yang begitu hancing lagi haring.   Nampaknya aku perlu menguatkan semangat.  Aku menutup hidung lalu cuba melangkah ke dalamnya.  Namun, apabila aku melihat keadaan dalam tandas itu, mak datuk..aku rasa loya dan hampir termuntah.   Serta merta, rasa sakit perutku hilang. Aku segera keluar dari sana. Huh, memang...

Cannot Stop Smiling

Alhamdulillah, today is Friday.  Hari yang penuh dengan keberkatan. Bagaimanapun, aku sedikit rungsing.  Aku rungsing melihat keadaan abangku. Sejak lepas rehat sampai loceng akhir berbunyi, dia tersengeh-sengeh seorang diri. Memang masalah besar kalau nampak guru disiplin, dia senyum.  Nampak tiang bendera, dia senyum.  Nampak  mak cik kantin sedang bercangkung sambil membasuh pinggan pun dia senyum.  Apakah maknanya?   Adakah dia terkena tulah kerana menumbuk mulut aku sampai berdarah semalam?  Kata orang, kalau berperangai pelik, maknanya orang itu buang tabiat,  mungkin nak mati.  “Oh, tolong jangan mati, abangku!  Sesungguhnya, engkaulah satu-satunya abang kandungku di dunia ini.” Dalam keadaan sedih dan rungsing begitu, aku teringat akan lagu ‘Wonder Pets’, Ada haiwan dalam bahaya, Ada haiwan dalam bahaya di sana. Ini serius, mesti tolong dia.. Jadi, aku pun pergilah siasat.  Aku pasti, kalau ...

Pembantu Rumah Indonesiaku

Hari ini, kami dapat pembantu rumah baru.  Nama dia bibik Yanti.  Yang seronoknya apabila dia bertanyakan nama kami.  Dengan muka serius, aku menyuruh dia memanggil aku Linda manakala abangku Paus.   Bibik itu menunjukkan wajah berkerut tanda memang dia tidak percaya.  Aku pun menerangkan kepadanya bahawa abangku memang suka akan panggilan tersebut sebab kedengaran lebih ganteng. Bibik yang tidak berdosa itu pun terpaksa percaya.  Maklumlah, aku ini bijak berhujah dan berbicara. Kalau sekadar hendak menyakinkan bibik tu, senang kacang.  Padahal, perut aku bagai nak pecah menahan gelak. Selepas menghidangkan makanan, bibik pun memanggil abangku dengan lembut, “Paus,  silakan makan. Bibik sudah hidangkan makanan di atas meja.” Abangku yang sedang asyik membaca komik terus menjerit, “Hoi, kenapa panggil aku Paus? Biadap sungguh kamu ni!”  “Aduh, adik kamu yang bilang tadi kamu suka dipanggil Paus supaya kedeng...

Slipped Disc - Sakit Tulang Belakang

Hari ini aku belajar tentang ‘slipped disc’ atau sakit belakang. Slipped disc ialah kecederaan yang sangat menyakitkan.  Ini berlaku apabila disc yang terletak di antara tulang belakang kita, teralih daripada kedudukan asalnya.  Slipped disc boleh berlaku disebabkan oleh cara duduk yang salah atau berbaring dalam keadaan postur badan yang tak betul atau membongkok terlalu lama atau melakukan perkara yang salah dan tidak bermoral terhadap tulang belakang. Jadi, apabila aku nampak abangku bermain Blackshotnya sambil berbaring selama berjam-jam, aku pun menasihatinya supaya duduk agar tidak terkena slipped disc. Emm, macam biasalah.  Bukannya dia nak dengar nasihat sebaliknya mempersendakan aku dengan soalan-soalan merapunya. “Slipped disc tu apa bendanya? Abang dah lama bermain game sambil berbaring, tak ada apa-apa yang berlaku pun?  Apa buktinya?  Siapa yang kata?  Engkau pandai-pandai buat andaian sendiri agaknya.  Kau nak glamo...

Double Signal

Petang semalam, ayah membawa kami keluar makan-makan.  Tiba-tiba, kereta kami dipotong oleh sebuah kereta Perodua Myvi.  Kereta itu dipandu laju tetapi dipasang double signal. Apabila ayah bertanya siapa yang tahu maksud double signal tersebut, abang segera menjawab.  Katanya, jika signal ke kanan, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kanan.  Jika signal ke kiri, maknanya pemandu itu hendak membelok ke kiri. Jika double signal, bermakna pemandu itu tidak pasti dia hendak ke mana? Mendengar jawapan abang, kami semua ketawa.  Aku yang terlalu yakin bahawa jawapan abang salah,  mengambil kesempatan untuk ketawa sekuat-kuat hati.  Sengaja nak tunjuk yang dia tu salah dan tak ada pengetahuan am. Aku pun dengan bangga memberitahu bahawa double signal dipasang apabila ada kecemasan, bukan sebab tak tahu nak pergi ke mana. Nak dijadikan cerita, seketika kemudian, kami nampak kereta Myvi yang sama berhenti di bahu jalan.  Ayah pun t...

Silent Treatment

        Hari ini, pagi-pagi lagi mama dah berleter dan membebel.  Semuanya kerana abang yang tak mahu belajar sedangkan peperiksaan akhir tahun sudah hampir.   Sudahlah tak mahu belajar, asyik keluar dengan kawan-kawan.  Malam tadi pun dia balik lewat. Kata mama lagi, budak yang ada dua pusar di kepala macam abang tu memang licik.  Sukar nak dikawal.  Selepas setengah jam mama membebel tak henti-henti, ayah pun bersuara.  Katanya, mama macam radio buruk yang rosak.  Asyik ulang-ulang perkara yang sama.   Kata ayah lagi, dia sudah bosan.  Kalau ada mama, tentu membebel.  Kalau membebel tentu ada mama.  Jadi, ayah beri cadangan supaya mama membuat jadual membebel iaitu sekali seminggu selama setengah jam sahaja.  Tak boleh lebih.  Kurang tak mengapa. Malangnya, pendapat dan cadangan ayah itu membuatkan mama benar-benar jauh hati.  Kata mama, ayah sudah tidak saya...

Petua dan jampi serapah untuk awet muda

Petang tadi, aku pergi ke rumah kawanku, Sarina Sarani.  Apa yang menarik perhatianku ialah seorang wanita yang agak berusia namun amat anggun sekali. Jujur, aku terkejut badak apabila Sarina Sarani membertahuku bahawa wanita tersebut ialah neneknya.  Usia beliau dalam 60 tahun atau lebih tepat 61 tahun 3 bulan 8 hari. Apa? 61 tahun?  Aku ingat awal 40-an.  macam sebaya dengan mama aku je. Apa lagi, aku pun terus menyapa nenek Sarina Sarani lalu mencium tangannya yang lembut bagaikan sutera China. Sambil menayangkan wajah yang paling manis, semanis madu lebah tiruan yang berlambak di pasaran, aku bertanyakan khabarnya.  Kemudian, kami berbual-bual mesra.  Mesra ada makna tu...                 Aku ada misi dan visi untuk mengorek rahsia  awet mudanya.                Petang  itu juga aku dan Sarina Sarani pun mengadaplah ...

Ikan Paus Kena Rotan

     Hari ini, aku kena marah sebab menjerit.  Mama memang pantang dengar orang menjerit.  Dia kata, anak dara perlu lemah lembut, bersopan santun, perlu berperibadi mulia dan bukannya terjerit-jerit atau terpekik-pekik macam polong minta tolong.      Macam mana aku nak bersopan santun kalau terpaksa hidup dengan Si Ikan Paus?      Bayangkan, sedang asyik aku mengira-ngira duit di dalam tabung,  tiba-tiba, dia muncul entah dari mana lalu menolak aku dari belakang. Tabung yang aku pegang pecah terhempas.  Duit pula jatuh bertaburan di atas lantai.  Ada yang masuk ke celah-celah laci, ada yang terpelanting ke bawah katil dan ada yang tercampak ke bawah almari.      Akibat tidak dapat mengawal kemarahan, aku pun menjerit, “Pergi ke sanalah ikan paus!  Duduk dalam laut mana pernah nampak duit!”          Kebetulan pula mama mendengarnya dengan jelas sekali....

Mesti terpelajar macam Aunty Nurmah

Hari ini perut aku terlebih kenyang.  Biasanya aku ikut nasihat mama iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.  Barulah badan sihat dan panjang umur. Namun, dek kerana mama masak nasi minyak dan ayam masak merah yang sungguh sedap, aku terpaksalah melanggar prinsip aku sendiri.  Sekali-sekala tak mengapa kut. Alkisahnya, walaupun usia aku sudah menjangkau 13 tahun, inilah kali pertama mamaku memasak nasi minyak.      Mama selalu kata,  jangan suruh dia memasak kerana dia tidak pandai memasak, sebab dia tak suka memasak kerana memasak tidak pernah tersenarai sebagai hobinya.            Namun, semalam berlaku ‘Hari Ini Dalam Sejarah’.  Segalanya bermula apabila mama memuji nasi minyak yang dibuat oleh emak saudaraku, Aunty Nurmah (nama sebenar). Aunty Nurmah pun dengan gembiranya menerangkan cara-cara membuat nasi minyak serta ayam masak merah dengan terperinci berserta denga...

Fikir Positif

     Masa balik dari sekolah tadi, aku terus membuka buku latihan Sains.  Banyak betul yang perlu disiapkan.  Bagaimanapun, aku tak kisah kerana ini memang subjek kegemaranku.         Sedang aku asyik menelaah, tiba-tiba abangku datang lalu mencubit lengan aku dengan kuat.        Sebaik aku nak menjerit sakit, dia terus buat muka serius sambil bertanya, “Sakit tak? Mengapa kita akan berasa sakit apabila dicubit?  Cuba terangkan kepada abang, bahagian otak mana yang terangsang dan adakah nueron akan bercantum apabila kita dicubit?”         Nafsu nak marah aku pun terbantut.  Kalau tak jawab nanti, dia akan kutuk aku tak pandai sains walhal periksa dapat straight A.         Jadi, aku pun terangkanlah kepadanya dengan bersungguh-sungguh.  Secara tak langsung, dia juga dapat mencubit aku secara percu...

Too blessed to be stressed

     Hari ini cuti.   Sebabnya ialah pelajar tingkatan 3 sedang menduduki peperiksaan PMR.  Semoga berjaya semuanya.      Sepanjang hari ini jugalah aku bergelumang dengan tepung, mentega, gula, telur, itu dan ini.  Misi aku ialah hendak membuat kek coklat.       Semangat, jangan cerita. Berkobar-kobar tentunya. Hasilnya?  Da..daa.. dua biji kek coklat yang bukan rentung cuma terhitam sikit.  Sebiji lagi kek coklat yang tak naik atau lebih tepat dipanggil bantat.  Dan akhirnya, sebiji kek coklat yang agak menjadi namun rasanya tak macam kek tetapi mirip kepada kuih bakar.      Dipendekkan cerita,  rezeki bau sahajalah.  Akibat kasihan amat terhadap anak gadis terhebatnya ini,  maka terpaksalah mama membeli sebiji kek coklat dari kedai kek.  Bukan apa, sekadar menyejukkan hatiku yang panas membara..      Sudahlah penat buat kek, kemas dap...

Akhbar oh Newspaper

Tadi, Si Paus tu terkinja-kinja di depanku sambil menyanyi lagu ‘Why So Serious’.  Sudahlah tak pakai baju, nampak jelas tulang rusuknya yang boleh dibuat gitar. Geli hati kambing ( bukan geli hati aku). Kesian dia sebab bekerja keras untuk buat aku ketawa.  Tahu pulak bosan bila tak ada orang nak layan dia bersembang.  Malang nasibnya, aku tak ada ‘mood’ nak gelak hari ni.          Entah mengapa, aku dilanda kebosanan tahap melampau.  Ditambah pula semua buku cerita yang aku pinjam dari Perpustakaan Negara dah habis aku baca.  Koleksi buku cerita aku sendiri, aku dah ulang berpuluh-puluh kali.  Nak baca akhbar?  Yang ini aku malas nak cerita.  Tapi, kena cerita jugak.          Akhbar hari ini, sama macam akhbar semalam, kelmarin dan minggu lepas.  Tak banyak cerita yang menarik dan memberi motivasi.          Kadang-kadang, aku naik hairan memiki...