Akhbar oh Newspaper
Tadi, Si Paus tu terkinja-kinja di depanku sambil menyanyi lagu ‘Why So Serious’. Sudahlah tak pakai baju, nampak jelas tulang rusuknya yang boleh dibuat gitar. Geli hati kambing ( bukan geli hati aku).
Kesian dia sebab bekerja keras untuk buat aku
ketawa. Tahu pulak bosan bila tak ada orang nak layan dia bersembang. Malang
nasibnya, aku tak ada ‘mood’ nak gelak hari ni.
Entah mengapa, aku dilanda kebosanan tahap
melampau.
Ditambah
pula semua buku cerita yang aku pinjam dari Perpustakaan Negara dah habis aku
baca. Koleksi buku cerita aku sendiri,
aku dah ulang berpuluh-puluh kali. Nak
baca akhbar? Yang ini aku malas nak
cerita. Tapi, kena cerita jugak.
Akhbar hari ini, sama macam akhbar semalam,
kelmarin dan minggu lepas. Tak banyak
cerita yang menarik dan memberi motivasi.
Kadang-kadang, aku naik hairan memikirkan
kenapa wartawan bersusah payah mencari berita-berita yang sudahlah tidak
membina minda malah memaparkan keruntuhan moral masyarakat yang melampau.
Contoh tajuk berita hari ini yang buat aku mual antaranya ialah;
Kaki Songlap Seluar
Dalam Dicekup.
Nenek Tua Dirogol.
Janda Ditangkap
Khalwat.
Wanita Mengandung Maut
Diragut.
Penyanyi Pop Kahwin
Koboi.
So what?
Nak salahkan wartawan pun tak adil juga. Dah banyak sangat orang yang suka baca
cerita sebegini. Kata orang, kalau tak ada permintaan, maka tak adalah penawaran.
Bagaimanapun, kini aku ada alasan tersendiri kalau
mama menyuruh aku membaca akhbar. Aku
akan kata,
“Mama,
I don’t want to get fully stress by reading newspaper. Furthermore, today’s hot news is tomorrow
rubbish. So, I prefer not to read it!
Agaknya,
mama pun setuju. Sebab itu mama tidak
lagi menyuruh aku membaca akhbar. Hore,
aku bebas!
Tetapi
apabila aku tercengang-cengang ketika orang bercakap tentang isu semasa, mama
kata tak mengapa. Aku boleh jadi kawan
kepada sang katak yang duduk di bawah tempurung. Sebabnya, katak di bawah tempurung pun tak
tahu tentang dunia luar juga.
Aduh,
tajamnya sindiran itu! Tepat pulak
mengena batang hidungku yang tak berapa nak mancung ni ( mujurlah bukannya hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong).
Ulasan
Catat Ulasan