Too blessed to be stressed
Hari ini cuti. Sebabnya ialah pelajar tingkatan 3 sedang menduduki peperiksaan PMR. Semoga berjaya semuanya.
Sepanjang hari ini jugalah aku bergelumang dengan tepung, mentega, gula,
telur, itu dan ini. Misi aku ialah hendak membuat kek coklat.
Semangat, jangan
cerita. Berkobar-kobar tentunya.
Hasilnya? Da..daa.. dua
biji kek coklat yang bukan rentung cuma terhitam sikit. Sebiji lagi kek coklat yang tak naik atau
lebih tepat dipanggil bantat. Dan
akhirnya, sebiji kek coklat yang agak menjadi namun rasanya tak macam kek
tetapi mirip kepada kuih bakar.
Dipendekkan cerita, rezeki bau sahajalah. Akibat kasihan amat terhadap anak gadis terhebatnya ini, maka terpaksalah mama membeli sebiji kek coklat
dari kedai kek. Bukan apa, sekadar
menyejukkan hatiku yang panas membara..
Sudahlah penat buat kek, kemas dapur yang berselerak tu pulak
setengah mati. Taubat rasanya. Aku tak nak buat kek lagi.
Datang Si Ikan Paus, bukan nak tolong kemas tapi
tersengeh-sengeh macam kerang terlebih busuk.
Lepas tu keluarlah telor mat salih dia tu..
“Come on, don’t give
up. Trust yourself Melinda. You will get
thru this!”
Hey, rasanya ada yang nak kena baling dengan telur hari ini.
Aku bukannya berputus asa tetapi kerja buat kek ni bukan cool sangat pun.
Tak berbaloi rasanya bersusah payah sekadar nak hasilkan kek yang
kemudiannya dimakan dan diproses lalu riwayatnya berakhir di mangkuk tandas.
Setelah menyampah dan meluat dengan kek yang tak jadi tu, aku
pun berkurung dalam bilik. Main-main
dengan pensel lalu terkarang beberapa rangkap pantun.
Macam inilah bunyinya..
Seronok sungguh melayari internet,
Sepanjang hari tak rasa penat;
Aku kagum banyaknya maklumat,
Apa dicari semuanya dapat.
Dengan facebook, e-mel, dan twitter,
Daripada buat kek, baik kutulis cerita;
Badan tak penat, hatipun lega,
Nak makan kek beli saja.
Kepada Paus, jangan ketawa,
Aku buat kek sekadar suka-suka,
Kalau tak jadi pun tak apa,
Tak usahlah sibuk nak mengutuk pula.
Well...baru hilang sikit stress ni..
Stress?! Ops.. taklah!
I’m too blessed to be stressed.
Emm.. ini pula pantun yang dihasilkan oleh Ikan Paus. Bacalah..
Ada orang nak buat kek,
Berkobar-kobar nak kalahkan Secret Recipe;
Bila kek dia hangus, terus give up,
Hangat-hangat tahi ayam saje.
Nak ejek aku konon, buat pantun pun tak ada rima.
Kesian..kesian..
(Siapalah lu punya guru BM?)
Ulasan
Catat Ulasan